Friday 28 December 2012

J1mba-J!mba Part 1

Ni gmbr ktorang berjimba kat I-City baru2 ni. .bahagianya berjimba dengan family :D








eye on Malaysia ni rm10 aje :)


hehe






Second time datang sini. Third time dengan siapa pulak? jeng3 . .Snowalk rm35 untuk dewasa. .g berjimba time christmas day memang ramai gile la orang kan. .nak cari parking pun susah. .sampaikan ada yang parking kat luar (Jimat kot sebab xperlu bayar RM10 untuk parking) .Pastu jalan kaki masuk dalam. Fuhh, memang boleh kurus la camtu.Syabas kepada Kak Wani n ayah sebab masuk2 dalam terus dapat parking. .haha. .great! . Dah banyak permainan kat dalam. Tak macam first time datang dulu. Nex time nex time musty lagi best . InsyaALLAH. .siapa yang belum datang tu, datangla ke I-City Shah Alam. Best sangattt !

Monday 10 December 2012

Bumi L@ngkawi :)

Assalamualaikum readers, hari ni sy nk cerita pasal Langkawi. Mungkin ramai yg pernah datang sini dan mungkin ramai yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Baru2 ni sy ada ke tempat2 best. .contoh macam 'cable car', underwaterworld, makam mahsuri dan lain2. Almaklumla baru mula cuti semester. Kebetulan ada sorang kawan ikut sy balik rumah. Apalagi, berjimba sakan la kitorang . :D

Untuk pengetahuan semua, disini sy senaraikan 'fee' untuk masuk ke beberapa tempat best [ Dec 2012 ]. Antaranya ialah :

*Underwaterworld          : RM38 [without ic], RM28 [with IC], RM14 [for Langkawian]
*Makam Mahsuri            : RM7
*Cable Car                     : RM15
*Galeria Perdana            : RM5
*Mangrove                     : RM150++ [ikut harga pakej,dlm 10 org]

Semua ni harga tiket dewasa. Kalau kanak2 tu lagi murah la. Terutama rombongan sekolah,memang boleh dapat 'discount'.

Jom kita tengok gambar2 menarik pula :)

. . .ni gambar dari atas puncak bukit, sejukkk sangat. Sesuai sangat kalau nak tenangkan fikiran. Tambah2 yang stress dengan case study n research. .



. .ni pun gambar dari atas. Rugi tau kalau x naik ni. Saye dah x gayat :D. . 



. . .ni gambar kat stesen pertama yang kita jumpa masa naik 'cable car'. . .

. . .ni contoh tiket untuk masuk ke Underwater World. . .


. . .Subhanallah ! cantik !





 . . .mug special ni :)

. . .ni kat Beras Terbakar,nak masuk free aje. . .


Ok lah setakat ni aje yang dapat sy kongsi. Kalau xpuas hati,datanglah 'judge' sendiri. . ;) . .byee 
Assalamualaikum. . . ('',)v

opssss. .ade lagi. .gambar di Pantai Kok. .

  SSA MZH !!

Thursday 22 November 2012

Senaman Untuk Cepat Kurus :)

BERJOGING

Berjoging merupakan salah satu latihan kardio yang paling efektif untuk memangkas berat badan. Selain membakar sebanyak 800 kalori dalam masa sejam,joging juga boleh membentuk paha dan kaki agar kelihatan lebih kecil.

BERBASIKAL

Aktiviti ini bukan sahaja menyenangkan tetapi merupakan pilihan lain untuk memangkas kalori dengan cara yang lebih cepat. Melalui latihan selama satu jam setiap hari, berbasikal mampu membakar antara 500-1000 kalori.

AEROBIK

Selain itu, aerobik juga boleh menjadi pilihan. Bagi yang ingin membentuk otot kaki, pinggul, dan paha aktiviti ini adalah yang paling tepat sekali. Ia mampu membakar sehingga 800 kalori selama sejam.

BERENANG

Aktiviti yang satu ini mampu membakar kalori sebanyak 800 kalori selama sejam. Anda boleh meneruskan aktiviti dengan bersauna bagi memaksimumkan pembakaran sekali gus memberi relaksasi tubuh setelah latihan.




p/s : jalan kaki pun da ok. .boleh turun 4 kilo :-p

Tuesday 16 October 2012

Jangan terburu2 . .

"Jangan terburu-buru jatuh cinta"

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya kita masih terlalu awal utk mengerti apa makna cinta yg sesungguhnya.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dlm diri kita masih tersimpan hawa nafsu yang akan merosak kefitrahan cinta.

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada akhirnya kita hanya terbelenggu akan buaian-buaian keindahan sesaat.

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dibalik keindahan cinta akan membutakan mata hati kita.

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya masih banyak kita lihat mereka dgn bangganya mempamerkan cinta yg belum halalnya

Dan tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika kita belum terlalu kuat iman utk menjalaninya yg akan memudarkan cinta kepada-Nya

Bukan kita x ingin utk mendapatkannya,
Bukan kita x suka utk menjalaninya,
Bukan pula kita rasa x suci akan diri kita,

Tapi bermaksud ingin menjaga cinta dengan sebaik-baiknya,
Agar cinta kita x tertambat dengan yg sia2 sebelum waktunya.

Lebih baik :

 *Kita bersabar dalam sebuah penantian
 *Ketika saatnya telah tiba nanti
 *Ketika hati kita telah siap & kuat menjalaninya.

Kita hanya menunggu waktu yg tepat ketika memiliki cinta,
Serta mendapat orang yang tepat untuk kita miliki,
Dan juga berharap sebuah hubungan yang halal saat menjalaninya.



. . . <3 <3 <3 . . .


Sunday 14 October 2012

Doa Tahajjud


Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
 Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa yg besar atau yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa aku sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat ku sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam  golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah Ù„Ø¢ اله الا الله

Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang
 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.


Saturday 13 October 2012

Bersedekah Boleh Menghalang Musibah

"Segala sesuatu yang berlaku merupakan satu petanda bahawa Allah itu Esa"

Menderma & memberi bantuan adalah satu amalan mulia yang mendatangkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya berbuat baik kepada orang lain akan diberi ganjaran, dianugerahi kecukupan oleh Allah, hatinya menjadi lapang, hidupnya ceria, hati nuraninya bercahaya & sentiasa dalam pemeliharaan.

Justeru itu, berdermalah walaupun jumlahnya kecil & sedikit. Jangan memperkecilkan apa yang anda dermakan walaupun hanya sebuah kurma, sesuap nasi, seteguk air atau satu perahan susu. Memberilah kepada orang yang memerlukan, orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang sedang sakit. Sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang akan mengurangi kegundahan, kegelisahan dan kesedihan. Derma adalah ubat yang tidak ada kecuali di dalam ajaran Islam.


Abdullah bin al-Mubarak pernah dikemukakan pertanyaan : "Wahai Abu Abdurrahman, darah luka di lututku tidak pernah berhenti, bahkan sejak tujuh tahun yang lalu ia mengeluarkan nanah. Aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah aku ubati dengan bermacam-macam ubat tetapi tidak baik juga."


Ibnu al-Mubarak menjawab: "Pergilah dan lihatlah di tempat yang mana orang-orang memerlukan air. Galilah di tempat itu perigi. Aku berharap mudah-mudahan disana akan muncul mata air yang akan menghentikan darah." Ia mengikuti nasihat itu, dan penyakit pun sembuh.


Masih dalam hal yang lebih kurang sama, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Ubatilah orang-orang yang sakit itu dengan berderma." Baginda bersabda: "Sesungguhnya derma dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak kematian yang buruk "




. . .bidadari2 yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. . . <3


Sunday 2 September 2012

Perihal Muslimah Sejati ..

First, ini hanyalah 'copypaste', sesuatu yang saya suka. .jum baca :) 


Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, “ayah, ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”.
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”.
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
 “lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya  melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah  kelak,malah semua wanita boleh”.
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)




"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim




Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."


"Ya Allah..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh..
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya..
Yang menerima kami apa seadanya..
Yang membimbing kami dengan lemah lembut..
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb.."
Kabulkan, Ya Allah..

. .ameen (",)v























Wednesday 18 July 2012

Kisah Den


Assalamualaikum. .ermmm, cmne nk mula yerk. .'direct to the point' lah senang kan. .sy nk cita pasal kehidupan sy sebagai hamba ALLAH di bumi bertuah ni. Alhamdulillah sejak kecil dilahirkan dalam islam, satu agama yang diredhai. .bercerita tentang 'my life' ni, diriku merupakan sebahagian dari paramedik . Tolong rawat orang sakit a.k.a 'nurse' :) . Sy sayangggg pesakit sy . Tapiiiiii, sayang lg sy pada orang yang TERsayang, (^.^) . Sekarang dah masuk tahun akhir, sem 5, agak senior la jugak, huhu [sy dah jadi senior] .Rasa macam baru semalam ja daftar masuk 'college' . Untuk sem ni, sy ditempatkan di HTAN,Kuala Pilah,Negeri 9 .'Scenario' kat sini best sangat, santai ja, ward dia pulak kemas & bersih . SYABAS![sy sangat sukakan kekemasan & kebersihan]. Dah masuk minggu ke-2 kat sini, maka bermulalah 'assignment' pertama iaitu RESEARCH !! wahhhh. .bunyi pun dah menyeramkan.'Research' apo lak ni kan. .xpe2, kita buek yo. .xdo yang mustahil dalam dunia ni selagi kita usaha . lalalala. . . .bosan jugak kadang2 tu. .jadi sy ambil peluang untuk BERbelog sekejap.HA ! cool blog kat sini sedapppppp sangat :) 'ohh Chocolate Pearl' .Econsave pon dekat,pasar malam pun sama. .wahhh. .SUKA sangat ;D .

'surat layang'

wahhh !! huhu. .lawak pun ada. cmne la boleh dapat kertas kecik ni. Minta maaf akak, sy dah berpunya :) .
ok lahhh. .ngntukknyeeee. .zzzzz. .
jumpo lagi 'nex time'. ..tata. .

(",)v

Friday 6 July 2012

Rahs!a h!dup sihat

Tokoh yang akan saya ceritakan kali ini adalah seorang pakar fiqah mazhab asy-Syafi'i yang hidup pada abad ke-5 hijrah.Beliau telah banyak menulis buku.Salah satunya ialah sebuah buku kecil yang bertajuk 'Ghayatul Ikhtisar' yang masih menjadi rujukan hingga hari ini.


Kitab ini disyarahkan oleh ramai ulama seperti Syeikh Taqiyudin al-Hisni dalam 'Kifayatul Akhyar fi halli Ghayatil ikhtisar' dan Sheikh al-Khatib asy-Syarbini dalam al-Iqna' fi halli Alfaazi Abi Syuja'.


Tokoh ini bernama Ahmad bin al-Husein bin Ahmad al-Ishfahani,terkenal dengan panggilan Abu Syuja'.Syeikh Ibrahim al-Banjuri berkata,"Beliau seorang imam & ahli ibadah yang soleh.Ilmu dan kesolehannya terkenal hingga seluruh pelosok negeri.Beliau pernah menjawat jawatan sebagai qadi dan wazir(menteri)sekian lama.Namun,di akhir hayatnya,beliau meninggalkan semua itu,lalu berzuhud & mengabdikan diri di Masjid Nabawi.Setiap hari,beliau menyapu lantai masjid,menyalakan lampu & menjaga makam nabi S.A.W.Itulah pekerjaannya seharian hingga wafat pada tahun 488H.


Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Hasyiah-nya bercerita bahawa usia Imam Abu Syuja' ini sangat panjang,iaitu hingga 160tahun! Walaupun sudah sangat tua,namun tidak ada satu pun anggota tubuhnya yang rosak.Pendengaran,penglihatan,dan ingatannya tetap sihat seperti seorang pemuda.


Apabila ditanya,apakah rahsianya? Ulama ini menjawab,"Saya menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda,lalu ALLAH menjaganya pada masa tua."


JAGALAH ALLAH,ALLAH AKAN MENJAGAMU


Menurut al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali,"menjaga ALLAH" ertinya menjaga semua ketentuan & hak ALLAH,juga menjaga perintah & larangan-Nya.


Perkara2 yang mesti dijaga antara lain adalah solat,bersuci & kewajiban-kewajiban lainnya.Begitu juga,janji & sumpah yang pernah diucapkan.Ia juga dituntut untuk menjaga fikiran,lidah,kemaluan & seluruh anggota badan daripada melakukan maksiat.


Orang yang dapat memenuhi semua ini bererti telah menghadirkan ALLAH di depan matanya,lalu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu maksiat.


Dalam hadis yang disahihkan oleh al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda,"Sesiapa yang malu kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya,maka ia akan menjaga kepala berserta isinya,menjaga perut & kandungannya,& selalu mengingati maut & kebinasaan.Sesiapa yang menginginkan akhirat,maka ia meninggalkan kemewahan dunia.Sesiapa yang melakukan ini, maka ia telah malu dengan ALLAH sebenar-benarnya.


Apabila seseorang melakukan ini dengan baik,iaitu "menjaga hak2 ALLAH SWT," maka ALLAH akan "menjaga dirinya" sebagai balasan daripada amalan tersebut.Ini adalah kerana balasan ALLAH selalu disesuaikan dengan jenis amalan yang dilakukan oleh hamba.


Menurut Ibnu Rajab,penjagaan ALLAH ini terbahagi kepada dua bentuk.




  • PERTAMA, ALLAH menjaga kemaslahatan dunianya sehingga tubuhnya selalu sihat & kuat,juga keluarga & keturunannya.
  • KEDUA,ALLAH menjaga akidahnya sehingga ia meninggal dunia dalam iman.Tidak mustahil kedua-duanya diberikan kepada seorang hamba sebagaimana yang terjadi pada diri Imam Abu Syuja dalam kisah di atas.


to be continue. . .hehe . .insyaALLAH








Sunday 27 May 2012

Sabar Anugerah Terindah

1. Iman Dan Redha Terhadap Ketentuan (Qadha') Allah
 
Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT di Lauhul Mahfuz. Kita juga wajib menerima ketentuan Allah ini dengan berlapang dada (redha). Allah SWT berfirman :
 
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (TMQ al-Hadid [57] : 22)
 
Oleh sebab itu, adalah tidak benar jika ada orang berkata, “gempa bumi itu terjadi kerana ada roh yang sedang marah”. Sebaliknya, bencana itu berlaku kerana ia adalah ketentuan daripada Allah SWT dan bukannya ketentuan daripada sesiapa yang lain.
 
Kita wajib menerima takdir Allah ini dengan penuh redha, bukan dengan perasaan geram atau marah kepada Allah SWT misalnya dengan berkata, "Ya Allah, mengapa harus aku? Apakah dosaku ya Allah?". Sikap yang sedemikian adalah sangat biadap. Allah SWT berfirman :
 
"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang dilakukan, tetapi merekalah yang akan ditanya”
[TMQ al-Anbiyaa` (21) : 23]
 
2. Sabar Menghadapi Musibah
 
Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk  mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah. Allah SWT berfirman :
 
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . [TMQ al-Baqarah [2] : 155-156]
 
Oleh yang demikian, bersabarlah. Jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan. Ingatlah bahawa putus asa itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na’uzubillahi min zalik.
 
Secara realitinya, orang yang ditimpa musibah akan mudah sekali terjerumus untuk bersikap putus asa (surah ar-Rum ayat 36). Allah SWT menegaskan bahawa sikap tersebut adalah sikap yang kufur sebagaimana firmanNya :
 
"Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [TMQ Yusuf (12) : 87] .
 
3. Mengetahui Hikmah Di Sebalik Musibah
 
Seseorang Muslim yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.
 
Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Sabda Rasulullah SAW :
 
"Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." [HR Bukhari dan Muslim]
 
Seseorang Muslim yang mati ditimpa bangunan atau tembok akibat gempa bumi adalah tergolong sebagai orang yang mati syahid. Sabda Nabi SAW :
 
"Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; (1) orang yang terkena wabak penyakit taun, (2) orang yang terkena penyakit perut (disentri, kolera, dsb), (3) orang yang tenggelam, (4) orang yang ditimpa tembok/bangunan, dan (5) orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah." [HR Bukhari dan Muslim].
 
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang." [HR Muslim].
 
Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga. Sabda Nabi SAW :
 
"Anak-anak kaum Muslimin (yang meninggal) akan masuk ke dalam syurga." [HR Ahmad]
 
4. Tetap Terus Berikhtiar
 
Maksud ikhtiar ialah tetap melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk  berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu dengan menunggu bantuan datang ketika musibah menimpa kita.
 
Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita. Allah SWT berfirman :
 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." [TMQ ar-Ra’du (13) : 11].
 
Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya,"Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?". Lalu Umar menjawab,"Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain."
 
Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya. Nabi SAW bersabda, "Tidak boleh menimbulkan bahaya bagi diri sendiri dan bahaya bagi orang lain." [HR Ibnu Majah]
 
5. Memperbanyakkan Berdoa Dan Berzikir
 
Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas. Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: "Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa” (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) [HR Muslim].
 
Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan. Allah SWT berfirman :
 
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."
 [TMQ ar-Ra’du (13) : 28]
 
Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal ‘azhim". Sabda Nabi SAW :
 
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." [HR Abu Dawud].
 

6. Bertaubat
 
Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat. Allah SWT berfirman :
 
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)." [TMQ asy-Syuura (42) : 30]
 

Sabda Nabi SAW: 
 
"Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat." [HR at-Tirmidzi].
 
Terdapat 3 rukun dalam melakukan taubat nasuha. Pertama, menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kedua, berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. Ketiga, berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.
 
7. Tetap Istiqamah Dengan Islam
 
Dalam setiap musibah yang berlaku, akan wujud pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan niat yang jahat. Contohnya perbuatan kotor berbentuk keagamaan seperti kristianisasi. Cara-cara yang dilakukan adalah dengan memberikan bantuan logistik, perubatan, wang, rumah dan sebagainya.
 
Ketahuilah bahawa semua itu tidak diberikan dengan tulus melainkan terdapat niat yang keji disebaliknya. Niat orang-orang kafir itu adalah bertujuan untuk memurtadkan orang-orang Islam supaya menjadi penganut agama Kristian sebagai balasan atas bantuan dan jasa yang telah diberikan. Na`uzu billahi min dzalik.
 
Di sinilah seseorang Muslim itu dituntut untuk terus bersikap istiqamah, iaitu konsisten di atas satu jalan dengan mengamalkan kewajiban-kewajiban dan meninggalkan larangan-larangan (mulazamah al-thariq bi fi’li al-wajibat wa tarki al-manhiyyat). Allah SWT telah mewajibkan kita untuk beristiqamah :
 
"Maka tetaplah kamu (di jalan yang benar) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan orang yang telah bertaubat bersama kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"[TMQ Huud [11] : 112].
 
Muslim yang murtad (keluar daripada agama Islam) dan menjadi pemeluk Kristian (atau agama-agama lain yang lain) sebenarnya telah tertipu mentah-mentah baik di dunia mahupun di akhirat. Allah SWT berfirman :
 
"Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ al-Baqarah [2] : 217]
 
Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu syaitan bertopengkan manusia. Jangan sesekali mati kecuali tetap memegang teguh dengan agama Islam. Allah SWT berfirman :
 
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim." [TMQ Ali ‘Imraan [3] : 102]


... ('',) 

Saturday 10 March 2012

Hidup Sederhana, Lebih Terhormat, Lebih Mulia

      Pada tahun 16H, Madain jatuh ke tangan kaum muslimin. Bandar Persia yang sangat indah dan kaya-raya ini berjaya ditundukkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqash. Berita kemenangan segera dikirimkan kepada Khalifah Umar bin al-Khathab di Madinah.

      Ahli Madain yang masih beragama Majusi mulai bertanya-tanya, siapakah yang akan diutus oleh Umar untuk menjadi penguasa baru bagi bandar yang sangat besar ini ? Tidak lama kemudian, surat daripada Umar tiba lalu ia dibaca kepada semua ahli Madain.

Umar menulis, ''Aku telah mengutus Huzaifah bin al-Yaman kepada kalian. Tunduk dan patuhlah kepadanya.''

      Apabila mendengar isi surat ini, penduduk Madain segera terfikir, ''Tentulah orang ini sangat terhormat.'' Mereka bercadang untuk menyambut kedatangan Huzaifah secara besar-besaran. Pada hari kedatangan Huzaifah, tokoh2 pembesar Madain keluar dengan berpakaian mewah untuk menyambutnya. Kenderaan dan perarakan telah dihias dengan sangat indah.

      Namun, setelah menunggu sejak dari pagi hingga petang, mereka tidak menemui sesiapa yang mereka sangka utusan Umar dari Madinah. Mereka hanya melihat seorang lelaki Arab yang menunggang keldai sambil menyimpang kaki dan memakan roti kering meminta izin untuk masuk ke Madain. Mereka membiarkannya berlalu tanpa mempedulikannya.

      Setelah letih menunggu, ahli Madain ini bertanya kepada seorang Muslim yang kebetulan mereka temui, "Di manakah amir [gabenor] kalian?'' Orang itu menjawab, "Huzaifah sejak tadi telah masuk ke Madain.''

----------> Mereka benar2 terperanjat. Mereka baru sedar bahawa ''lelaki Arab yang miskin'' yang tidak dipedulikan itu, rupa2nya penguasa Madain yang baru datang dari Madinah. Mereka mengejar Huzaifah untuk meminta maaf daripanya.

ISLAM DAN HIDUP SEDERHANA

      Menerapkan gaya hidup sederhana tidak menjatuhkan darjat seseorang. Huzaifah tetap seorang penguasa Madain meskipun hanya berkenderaan keldai dan berpakaian seadanya. Sementara penduduk Madain pula, tetap rakyat biasa yang hina meskipun mereka mengenakan baju mewah & menggunakan kenderaan yang mahal.

     Kehormatan seseorang bukan terletak pada penampilan dirinya, tetapi ia terletak dalam prestasi kerja yang telah dicapainya. Penduduk Madain mendapat pelajaran yang berharga itu daripada Huzaifah bin al-Yaman.

-------------> Huzaifah menjelaskan bahawa kesederhanaan yang menjadi gaya hidupnya itu merupakan ajaran Rasulullah S.A.W

     Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abi Laila,ketika Huzaifah tiba di Madain, beliau meminta minuman. Seorang pembesar kota itu [gelaran ''dihqan''] segera memberi air di dalam sebuah gelas perak kepada beliau. Huzaifah segera melempar gelas itu ke muka pembesar tersebut.

Huzaifah berkata, ''Aku melakukan hal itu sebab aku pernah melarangnya, namua ia tetap mengulangi. Sesungguhnya Nabi S.A.W melarang kami memakai sutera & meminum daripada bejana emas dan perak. Beliau bersabda, semua itu untuk mereka [orang2 kafir] di dunia, dan untuk kalian [orang2 mukmin] di akhirat.''

---------------> dari sini, ulama sepakat mengharamkan emas dan perak untuk dijadikan alat makan, minum, dan bersuci. Hukum ini disepakati untuk lelaki dan perempuan tanpa perbezaan.

DEFINISI SEDERHANA

     Hidup sederhana bukanlah kedekut dan enggan membelanjakan harta sama sekali. Definisi yang paling tept adalah membelanjakan harta sesuai dengan keperluan. Oleh itu, Islam membolehkan penggunaan emas dan perak jika ia selari dengan keperluan asas manusia seperti perhiasan wanita dan menggantikan bahagian tubuh yang rosak.

Falsafah kesederhanaan dalam Islam dibina atas keyakinan bahawa dunia ini tempat persinggahan belaka.

Ia adalah pesanan Rasulullah S.A.W kepada Abdullah bin Umar. Baginda bersabda kepada beliau :

''Jadikanlah [hidupmu] di dunia ibarat seorang pendatang atau seorang musafir yang sedang singgah''   [Riwayat al-Bukhari]

      Seorang musafir tidak akan menghiasi tempat persinggahannya dengan barang2 mahal seolah2 ia akan tinggal selamanya. Akan tetapi, ia akan hidup seadanya, lalu membelanjakan wangnya untuk keperluan yang lebih penting di tempat tujuan. Begitulah kehidupan mukmin di dunia ini. Ia menjadikan akhirat sebagai tempat tujuan dan menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan.

Salamah bin Dinar berkata,''Aku hairan melihat orang yang giat bekerja untuk tempat yang akan ditinggalkan [dunia], dan enggan bekerja untuk tempat yang akan didatangi [akhirat].''

Al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

''Sedikitkanlah masuk ke [rumah] orang kaya2. Hal yang demikian adalah lebih layak agar kamu tidak meremehkan nikmat2 ALLAH.''

-----------------> Kita juga harus berlatih untuk tidak makan kecuali ketika benar2 lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.





. . .Hidup sederhana lebih selamat & lebih terhormat . . . :)