Tuesday 16 October 2012

Jangan terburu2 . .

"Jangan terburu-buru jatuh cinta"

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya kita masih terlalu awal utk mengerti apa makna cinta yg sesungguhnya.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dlm diri kita masih tersimpan hawa nafsu yang akan merosak kefitrahan cinta.

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada akhirnya kita hanya terbelenggu akan buaian-buaian keindahan sesaat.

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dibalik keindahan cinta akan membutakan mata hati kita.

Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya masih banyak kita lihat mereka dgn bangganya mempamerkan cinta yg belum halalnya

Dan tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika kita belum terlalu kuat iman utk menjalaninya yg akan memudarkan cinta kepada-Nya

Bukan kita x ingin utk mendapatkannya,
Bukan kita x suka utk menjalaninya,
Bukan pula kita rasa x suci akan diri kita,

Tapi bermaksud ingin menjaga cinta dengan sebaik-baiknya,
Agar cinta kita x tertambat dengan yg sia2 sebelum waktunya.

Lebih baik :

 *Kita bersabar dalam sebuah penantian
 *Ketika saatnya telah tiba nanti
 *Ketika hati kita telah siap & kuat menjalaninya.

Kita hanya menunggu waktu yg tepat ketika memiliki cinta,
Serta mendapat orang yang tepat untuk kita miliki,
Dan juga berharap sebuah hubungan yang halal saat menjalaninya.



. . . <3 <3 <3 . . .


Sunday 14 October 2012

Doa Tahajjud


Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
 Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa yg besar atau yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa aku sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat ku sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam  golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga  al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang  ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu  dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
 Ya Allah, janganlah Engkau bebankan aku dengan ujian Mu yang aku tidak mampu memikulnya. Ampunkanlah aku, rahmatilah aku dan kasihanilah aku.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله

Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
 Sesungguhnya aku mengaku bahawa mati itu benar, masuk kedalam lubang kubor itu benar, bertemu munkar dan nakir itu benar, soal kubor itu benar, ditimbang amal baik dan amal jahat itu benar, nikmat dan seksa kubor itu benar, syurga dan neraka itu benar serta hari kiamat itu pasti datang
 Ya Allah, pada Engkau aku serahkan hidup dan mati ku. Engkau lah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.


Saturday 13 October 2012

Bersedekah Boleh Menghalang Musibah

"Segala sesuatu yang berlaku merupakan satu petanda bahawa Allah itu Esa"

Menderma & memberi bantuan adalah satu amalan mulia yang mendatangkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya berbuat baik kepada orang lain akan diberi ganjaran, dianugerahi kecukupan oleh Allah, hatinya menjadi lapang, hidupnya ceria, hati nuraninya bercahaya & sentiasa dalam pemeliharaan.

Justeru itu, berdermalah walaupun jumlahnya kecil & sedikit. Jangan memperkecilkan apa yang anda dermakan walaupun hanya sebuah kurma, sesuap nasi, seteguk air atau satu perahan susu. Memberilah kepada orang yang memerlukan, orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang sedang sakit. Sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang akan mengurangi kegundahan, kegelisahan dan kesedihan. Derma adalah ubat yang tidak ada kecuali di dalam ajaran Islam.


Abdullah bin al-Mubarak pernah dikemukakan pertanyaan : "Wahai Abu Abdurrahman, darah luka di lututku tidak pernah berhenti, bahkan sejak tujuh tahun yang lalu ia mengeluarkan nanah. Aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah aku ubati dengan bermacam-macam ubat tetapi tidak baik juga."


Ibnu al-Mubarak menjawab: "Pergilah dan lihatlah di tempat yang mana orang-orang memerlukan air. Galilah di tempat itu perigi. Aku berharap mudah-mudahan disana akan muncul mata air yang akan menghentikan darah." Ia mengikuti nasihat itu, dan penyakit pun sembuh.


Masih dalam hal yang lebih kurang sama, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Ubatilah orang-orang yang sakit itu dengan berderma." Baginda bersabda: "Sesungguhnya derma dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak kematian yang buruk "




. . .bidadari2 yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. . . <3