Tuesday 24 January 2012

ISTIDRAJ . .

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Lalu Rasulullah SallaLlahu 'Alayhi Wa sallam membaca (surah al-An'aam ayat 44): Maksudnya: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."(Hadis riwayat Ahmad)
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Thursday 19 January 2012

Interaksi Lelaki dan Wanita . . .

Sistem sosial-kemasyarakatan (an-nizam al-ijtima'i) adalah yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita, atau wanita dengan lelaki, mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tetsebut.

Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:

Pertama, bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Berbeza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja, sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum-hukum, sepeerti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.

Kedua, bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat dibenarkan oleh syara'. Seperti haji, dan jual beli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum-hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.

Ketiga, bahawa wanita diberi hak yang sama dengan lelaki serta mempunyai kewajiban yang sama, kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syara’.Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus-niaga pertanian, membuat kilang, serta melakukan akad dan mu'amalah lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. ) Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi al-hakim (khalifah wakil dan pembantu khalifah, wali, ketua qadi dan amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazzalim.

Keempat, Wanita hidup dalam kehidupan am (di luar rumah) dan kehidupan khas (di dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang dengannya). Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota tubuhnya, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga berpakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat hukum syara' secara mutlak.


Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas di sini adalah tempat tertentu yang untuk memasukinya, orang lain memerlukan izin daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan memasuki rumah lain, sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam penghuninya." (Q.s. An-Nur: 27).

Ayat tersebut menerangkan, bahawa ada rumah yang "kamu mendapatkan izin' untuk memasukinya, dan ini dijadikan sebagai illat untuk menentukan tempat tersebut sebagai tempat khas. Sedangkan tempat am, adalah tempat yang untuk memasukinya, orang lain tidak meminta izin.

Kelima, bahawa wanita juga dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up wajah yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya), termasuklah membuka aurat di hadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah, kendaraan, atau tempat-tempat khas sahaja, tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am, seperti berdua-duaan di tempat umum yang kosong, atau tempat am yang lain. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berduaan, iaitu antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, khalwat dapat pula terjadi di dalam tempat khas, seperti rumah, kereta peribadi atau pejabat, atau di tempat am, seperti taman, kampus atau ruang belajar dan sebagainya.

Keenam, bahawa antara lelaki mahupun wanita, sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlaq atau membawa kerosakan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli-belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki. Atau bekerja di pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya. Termasuk. lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang dibenakan untuk menatik daya seksual wanita.

Ketujuh, bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteraman. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam pekerjaan rumah, meskipun kewajiban suami adalah bekerja di luar rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepemimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepemimpinan seorang penguasa keatas rakyatnya, melainkan kepemimpinan yang bersifat riayah (mengurus). Sebab, hubungan suami-isteri tidak seperti hubungan antara penguasa dengan rakyat. Dan isteri juga diwajibkan untuk ta’at, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.

Kelapan, bahawa mengasuh budak merupakan hak dan kewajiban wanita, apakah muslimah ataupkah bukan. Namun, apabila budak tersebut tidak memerlukan lagi "asuhan" ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslimah maka budak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama Islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.


Kenyataan ini juga diperkuat oleh beberapa nas, antara lain;

“Sesiapa sahaja yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima.” (Q.s Ali-Imran: 85).

Friday 13 January 2012

TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ??



♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
♥ Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu.