Saturday 10 March 2012

Hidup Sederhana, Lebih Terhormat, Lebih Mulia

      Pada tahun 16H, Madain jatuh ke tangan kaum muslimin. Bandar Persia yang sangat indah dan kaya-raya ini berjaya ditundukkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqash. Berita kemenangan segera dikirimkan kepada Khalifah Umar bin al-Khathab di Madinah.

      Ahli Madain yang masih beragama Majusi mulai bertanya-tanya, siapakah yang akan diutus oleh Umar untuk menjadi penguasa baru bagi bandar yang sangat besar ini ? Tidak lama kemudian, surat daripada Umar tiba lalu ia dibaca kepada semua ahli Madain.

Umar menulis, ''Aku telah mengutus Huzaifah bin al-Yaman kepada kalian. Tunduk dan patuhlah kepadanya.''

      Apabila mendengar isi surat ini, penduduk Madain segera terfikir, ''Tentulah orang ini sangat terhormat.'' Mereka bercadang untuk menyambut kedatangan Huzaifah secara besar-besaran. Pada hari kedatangan Huzaifah, tokoh2 pembesar Madain keluar dengan berpakaian mewah untuk menyambutnya. Kenderaan dan perarakan telah dihias dengan sangat indah.

      Namun, setelah menunggu sejak dari pagi hingga petang, mereka tidak menemui sesiapa yang mereka sangka utusan Umar dari Madinah. Mereka hanya melihat seorang lelaki Arab yang menunggang keldai sambil menyimpang kaki dan memakan roti kering meminta izin untuk masuk ke Madain. Mereka membiarkannya berlalu tanpa mempedulikannya.

      Setelah letih menunggu, ahli Madain ini bertanya kepada seorang Muslim yang kebetulan mereka temui, "Di manakah amir [gabenor] kalian?'' Orang itu menjawab, "Huzaifah sejak tadi telah masuk ke Madain.''

----------> Mereka benar2 terperanjat. Mereka baru sedar bahawa ''lelaki Arab yang miskin'' yang tidak dipedulikan itu, rupa2nya penguasa Madain yang baru datang dari Madinah. Mereka mengejar Huzaifah untuk meminta maaf daripanya.

ISLAM DAN HIDUP SEDERHANA

      Menerapkan gaya hidup sederhana tidak menjatuhkan darjat seseorang. Huzaifah tetap seorang penguasa Madain meskipun hanya berkenderaan keldai dan berpakaian seadanya. Sementara penduduk Madain pula, tetap rakyat biasa yang hina meskipun mereka mengenakan baju mewah & menggunakan kenderaan yang mahal.

     Kehormatan seseorang bukan terletak pada penampilan dirinya, tetapi ia terletak dalam prestasi kerja yang telah dicapainya. Penduduk Madain mendapat pelajaran yang berharga itu daripada Huzaifah bin al-Yaman.

-------------> Huzaifah menjelaskan bahawa kesederhanaan yang menjadi gaya hidupnya itu merupakan ajaran Rasulullah S.A.W

     Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abi Laila,ketika Huzaifah tiba di Madain, beliau meminta minuman. Seorang pembesar kota itu [gelaran ''dihqan''] segera memberi air di dalam sebuah gelas perak kepada beliau. Huzaifah segera melempar gelas itu ke muka pembesar tersebut.

Huzaifah berkata, ''Aku melakukan hal itu sebab aku pernah melarangnya, namua ia tetap mengulangi. Sesungguhnya Nabi S.A.W melarang kami memakai sutera & meminum daripada bejana emas dan perak. Beliau bersabda, semua itu untuk mereka [orang2 kafir] di dunia, dan untuk kalian [orang2 mukmin] di akhirat.''

---------------> dari sini, ulama sepakat mengharamkan emas dan perak untuk dijadikan alat makan, minum, dan bersuci. Hukum ini disepakati untuk lelaki dan perempuan tanpa perbezaan.

DEFINISI SEDERHANA

     Hidup sederhana bukanlah kedekut dan enggan membelanjakan harta sama sekali. Definisi yang paling tept adalah membelanjakan harta sesuai dengan keperluan. Oleh itu, Islam membolehkan penggunaan emas dan perak jika ia selari dengan keperluan asas manusia seperti perhiasan wanita dan menggantikan bahagian tubuh yang rosak.

Falsafah kesederhanaan dalam Islam dibina atas keyakinan bahawa dunia ini tempat persinggahan belaka.

Ia adalah pesanan Rasulullah S.A.W kepada Abdullah bin Umar. Baginda bersabda kepada beliau :

''Jadikanlah [hidupmu] di dunia ibarat seorang pendatang atau seorang musafir yang sedang singgah''   [Riwayat al-Bukhari]

      Seorang musafir tidak akan menghiasi tempat persinggahannya dengan barang2 mahal seolah2 ia akan tinggal selamanya. Akan tetapi, ia akan hidup seadanya, lalu membelanjakan wangnya untuk keperluan yang lebih penting di tempat tujuan. Begitulah kehidupan mukmin di dunia ini. Ia menjadikan akhirat sebagai tempat tujuan dan menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan.

Salamah bin Dinar berkata,''Aku hairan melihat orang yang giat bekerja untuk tempat yang akan ditinggalkan [dunia], dan enggan bekerja untuk tempat yang akan didatangi [akhirat].''

Al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

''Sedikitkanlah masuk ke [rumah] orang kaya2. Hal yang demikian adalah lebih layak agar kamu tidak meremehkan nikmat2 ALLAH.''

-----------------> Kita juga harus berlatih untuk tidak makan kecuali ketika benar2 lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.





. . .Hidup sederhana lebih selamat & lebih terhormat . . . :)

No comments:

Post a Comment