Friday 16 December 2011

. .Bantulah aku ya ALLAH. .

Aku renung dan aku fikir, dariapada pintu manakah syaitan memasuki hatiku. Tiba- tiba aku dapati bahawa syaitan itu memasuki pintu hati daripada sepuluh pintu:
  1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sikap menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

  2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.


  3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.


  4. Kagum pada diri sendiri(ujub) , lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat –nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.


  5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

  6. Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah( Cukup dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah.


  7. Riya’ dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

  8. Bakhil , lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di tangan Allah itu kekal.


  9. Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu’.

  10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu pada manusia.
Ya Allah, jadikan aku orang yang mengingatiMu tika berdiriku, dudukku dan baringku.
Amin


Tuesday 4 October 2011

. .LAA ! taqrobu zina !!. .


Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :
1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”

. .oleh itu kawan2, jagalah setiap lgkah anda dgn sebaik mungkin. .khidupan ini hanyalah sementara. .yg kekal di akhirat sana. . .:)

Wednesday 28 September 2011

. . .dIA peJuang. . .


Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei RamalKajangSelangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di KajangSelangor.
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.
Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .


Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.
Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

. . .wuhuu, tabik springgs ar sama mereka. .PEJUANG GAGAH BERANI ! 

Saturday 3 September 2011

. . .PAsal rAyA. . .:)

SALAM. . .
hmmm. .nak mrapoo apa plak yerk kaly neh. .nk cita pasal raya jer. Hari first raya kat Sp. . .best la jugak. Yang lawaknya semua tema 'purple' taon neh. Hmmm. . .kebetulannn. Pastu petangnya balek Gurunsahara plak. . .memang best gler r . Seronok sembang2 n lepak2. Pastu amik gambar kat bendang. Memang terbaek. Hmmm, walawpon dah besar,tapy duwet raya 'still' dapat keyh, hehe. . .ni yang seronok ni. Orang bagy, amik jea lar kan kan. . .(",). 


Cuma 1 jea yang pelik, baruku perasan raya kaly neh x makan lemang 'and' ketupat. Walhal, makanan tue banyak jew. Heran gak. Yang penting dapat makan dodol pon dah kira ok. . .:D.Esok plak dah nak balek Africa. Kaly neh x naek 'bus' dah, coz FOBIA. Mak 'and' ayah WAJIB hantar balek sana. :)))))). . . .hihi. . .ok bubYe. . .c u all nex tyme. . .Selamat Hary Raya.

Saturday 27 August 2011

LA tahZan ! ( jgn bercdayh )


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Wednesday 10 August 2011

gaDisskuuu. . .


Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun. . .tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada ALLAH. . .hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah, umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yang diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yang tersembunyi, melebihi sesuatu yang terdedah. Wanita solehah yang patuh dan taat kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dengan 'title' gadis yang engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimana yang ada. Namun ingatlah gadisku. . .sesiapa yang inginkan kebaikan, maka ALLAH akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha, dan istiqamah.

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "TIDAK ADA SUATU FITNAH YANG LEBIH BESAR, YANG LEBIH BERMAHARAJALELA SELEPAS WAFATKU TERHADAP KAUM LELAKI SELAIN FITNAH YANG BERPUNCA DARI KAUM WANITA." Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya ALLAH Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. . .bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w membawa maksud, "Sesungguhnya cinta itu buta". Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAH S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yang unik itu dengan mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Asal kejadian dari setitis air yang tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yang sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dengan itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptaMu.

Gadisku, menyintai ALLAH dan RASUL melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi. . .

Monday 1 August 2011

firSt Ramadhan 1432H. . .

Alhamdulillah, selesai 1 hari posa hari nie. .semuanya berjalan dengan lancar. .rasa cepat sangat masa berlalu, tup2 dah nak buka posa. . .papepon. .tetap enjoy sambut posa tahun ni, walaupon jaoh dengan mak ngan ayah. Berpuasa kat tempat orang ni x sama cam kat kampung. .kat rumah, mak yang masak, tapi kat sini kena masak sendiri. .x rety masak pon terus jadi pandai masak. .hentam jew yang penting boley makan, hehe. . .ok la. . .setakat ni saja dulu yerk. .asSalamualaikum, :)