assalamualaikum semua :)
mlm ni nak cita pasal pengalaman di wad pulak. Psychiatric ward. Atau bahasa kampungnye orang panggil wad sakit jiwa. Dalam ni majoriti pesakitnya terdiri daripada mereka2 yang mengalami mental illness. Mental illness ialah change in behavior,thought,feelings,and moods. Senang cita orang sakit mental ni memang lain dari orang normal. Diorang ni xberdosa sebab diorang sakit. Hmm kesian kan . .bersyukurlah kamu2 yang memiliki akal yang waras. Yang dapat berfikir baik dan buruk.
Ini kisah hari pertama di wad psy . 6 orang semuanya. Masing2 nervous.
Female ward.
First time masuk wad psy kat hospital ni. Nervous gilee. .huuu
Kak Y : syazzz!! (sambil pegang lengan)
Sy : opocottt. .huh knp? terkejut
Kak Y : eh terkejut ey? hehe sori
Sy : mestyla. .nervous ni. .huhu takutla wad ni
Kami diberi orientation about this ward by Mdm H.
Madam H : korang kenape? macam takut hantu je? jom saya bawak pegi orintasi dulu. Ok kamu semua dah tahu kan wad psy ni. Patientnye x ok. Kadang2 muka nampak ok tapi kita x dapat bace fikiran diorang. Semua staff kat sini ada kunci. Kalau nak keluar dari sini,minta kunci dari staff nurse dulu. Pastikan pintu sentiasa berkunci. Kalau patient lari, siapa nak kejar? korang sanggup kejar? cecece lari menonong. .Treatment room kat sini. Linen kat sane. .bla bla bla. . .faham x ?
Semua : FAHAMMMMM MADAMMM :D
Madam H : bagus. .dah pegi buat keje. .
Routine activity macam selalu la. Bed making, observations, administered medications and others.
Ok la selepas tu. Perasaan nervous berkurangan. .
The next day.
Madam H : siapa yang belum pegi wad lelaki?
Miss I : sy dah pegi. .
Madam H : okay. .korang bertiga dah pernah datang sini kan. .so, bagi peluang kepada orang lain pulak. kamu 3 orang pergi wad laki. Syazana,Hidayu, dgn Hidayani. Pergi sekarang. Hari ni ada 2 orang pergi ECT.
Syaz : (dalam hati) erkkk. .alamakkk2. .camna ni. . xsuka wad laki
xsuka tapi terpaksa pergi jugak. .huhhh tabahkan hati
Male ward.
Kelihatan ramai pesakit dalam wad ni. Satu,dua,tiga,empat,lima. . .sebelasss. Home leave pun ada jugak.
Ok takpe2. Calm syazana. .macam biase la. Dalam wad ni pepagi kul 7 dah mula buat bed making. Sorang lagi amik observations.
Pesakit 1 : Pakcik2 bangun. .orang nak kemas katil ( sambil kejutkan orang yg tengah tido)
hmmm bagus jugak pakcik sorang ni. Senang keja kitorang. Sementara diorang g mandi,bolehla kemas katil.
Hari first masuk sini dah ada ECT (electroconvulsive therapy). wahhh. .gawat ni. .xde pengalaman lagi nak handle semua nih. .
nasib baik ada MA yang baik hati.
Procedure ECT berjalan dengan lancar. ECT ni merupakan jalan penyelesaian terakhir untuk pesakit mental illness. Sejenis electrode akan diletakkan dikepala dan arus electric akan diberi kepada pesakit. Sakit x ? Hanya ALLAH yang tahu. .memang menyakitkan. .
The next day.
Hari ni best jugak. Madam ajak g tangkap ikan keli. haha. .biar betul madam ni. Dahla pakai uniform putih.
3 of us pun ikut la. Location xjauh dari hospital. Masuk jalan kampung. Hee excited nak tangkap ikan nih. .
hah ni la tempat ikan keli tu. .nak tangkap 20 kilo ja tapi terlebih pulak. 2 kolah ni kosong. Banyakk ikan dalam tu. .best2. .home visit ni memang best. .terbaik dari kolah!! yeahh
The next day. Wad laki jugak. Huhhh. .xsuka tapi buat2 suka. .
Hari ni xbanyak aktiviti nak buat memandangkan ada students dari college lain. So ramai student dalam ward ni. Patients pun hepi je. .huhu. .macam2 gelagat dapat tengok dalam ward ni. Majoritinya schizophrenia. Yang depression pun ramai. Kesian sgt. .Yang muda yang tua semua xterkecuali. Ada sorang pakcik ni hepi je memanjang. Hari2 nyanyi dalam wad,hehe. .pandai mengaji pulak tu. Semoga semuanya sembuh seperti sedia kala,insyaALLAH.
Bersyukurlah kalian yang sempurna. Yang dapat hidup secara normal. .
Psy ward memang best walaupun pada mulanya agak DEPRESS !
~Alhamdulillah atas segala nikmat-Mu ya ALLAH ~
next week ward lain pulak. .zasSS
Tuesday, 12 February 2013
Friday, 28 December 2012
J1mba-J!mba Part 1
Ni gmbr ktorang berjimba kat I-City baru2 ni. .bahagianya berjimba dengan family :D
Second time datang sini. Third time dengan siapa pulak? jeng3 . .Snowalk rm35 untuk dewasa. .g berjimba time christmas day memang ramai gile la orang kan. .nak cari parking pun susah. .sampaikan ada yang parking kat luar (Jimat kot sebab xperlu bayar RM10 untuk parking) .Pastu jalan kaki masuk dalam. Fuhh, memang boleh kurus la camtu.Syabas kepada Kak Wani n ayah sebab masuk2 dalam terus dapat parking. .haha. .great! . Dah banyak permainan kat dalam. Tak macam first time datang dulu. Nex time nex time musty lagi best . InsyaALLAH. .siapa yang belum datang tu, datangla ke I-City Shah Alam. Best sangattt !
eye on Malaysia ni rm10 aje :)
hehe
Second time datang sini. Third time dengan siapa pulak? jeng3 . .Snowalk rm35 untuk dewasa. .g berjimba time christmas day memang ramai gile la orang kan. .nak cari parking pun susah. .sampaikan ada yang parking kat luar (Jimat kot sebab xperlu bayar RM10 untuk parking) .Pastu jalan kaki masuk dalam. Fuhh, memang boleh kurus la camtu.Syabas kepada Kak Wani n ayah sebab masuk2 dalam terus dapat parking. .haha. .great! . Dah banyak permainan kat dalam. Tak macam first time datang dulu. Nex time nex time musty lagi best . InsyaALLAH. .siapa yang belum datang tu, datangla ke I-City Shah Alam. Best sangattt !
Monday, 10 December 2012
Bumi L@ngkawi :)
Assalamualaikum readers, hari ni sy nk cerita pasal Langkawi. Mungkin ramai yg pernah datang sini dan mungkin ramai yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Baru2 ni sy ada ke tempat2 best. .contoh macam 'cable car', underwaterworld, makam mahsuri dan lain2. Almaklumla baru mula cuti semester. Kebetulan ada sorang kawan ikut sy balik rumah. Apalagi, berjimba sakan la kitorang . :D
Untuk pengetahuan semua, disini sy senaraikan 'fee' untuk masuk ke beberapa tempat best [ Dec 2012 ]. Antaranya ialah :
*Underwaterworld : RM38 [without ic], RM28 [with IC], RM14 [for Langkawian]
*Makam Mahsuri : RM7
*Cable Car : RM15
*Galeria Perdana : RM5
*Mangrove : RM150++ [ikut harga pakej,dlm 10 org]
Semua ni harga tiket dewasa. Kalau kanak2 tu lagi murah la. Terutama rombongan sekolah,memang boleh dapat 'discount'.
Jom kita tengok gambar2 menarik pula :)
Untuk pengetahuan semua, disini sy senaraikan 'fee' untuk masuk ke beberapa tempat best [ Dec 2012 ]. Antaranya ialah :
*Underwaterworld : RM38 [without ic], RM28 [with IC], RM14 [for Langkawian]
*Makam Mahsuri : RM7
*Cable Car : RM15
*Galeria Perdana : RM5
*Mangrove : RM150++ [ikut harga pakej,dlm 10 org]
Semua ni harga tiket dewasa. Kalau kanak2 tu lagi murah la. Terutama rombongan sekolah,memang boleh dapat 'discount'.
Jom kita tengok gambar2 menarik pula :)
. . .ni gambar dari atas puncak bukit, sejukkk sangat. Sesuai sangat kalau nak tenangkan fikiran. Tambah2 yang stress dengan case study n research. .
. .ni pun gambar dari atas. Rugi tau kalau x naik ni. Saye dah x gayat :D. .
. . .ni gambar kat stesen pertama yang kita jumpa masa naik 'cable car'. . .
. . .ni contoh tiket untuk masuk ke Underwater World. . .
. . .Subhanallah ! cantik !
. . .mug special ni :)
. . .ni kat Beras Terbakar,nak masuk free aje. . .
Ok lah setakat ni aje yang dapat sy kongsi. Kalau xpuas hati,datanglah 'judge' sendiri. . ;) . .byee
Thursday, 22 November 2012
Senaman Untuk Cepat Kurus :)
BERJOGING
Berjoging merupakan salah satu latihan kardio yang paling efektif untuk memangkas berat badan. Selain membakar sebanyak 800 kalori dalam masa sejam,joging juga boleh membentuk paha dan kaki agar kelihatan lebih kecil.
BERBASIKAL
Aktiviti ini bukan sahaja menyenangkan tetapi merupakan pilihan lain untuk memangkas kalori dengan cara yang lebih cepat. Melalui latihan selama satu jam setiap hari, berbasikal mampu membakar antara 500-1000 kalori.
AEROBIK
Selain itu, aerobik juga boleh menjadi pilihan. Bagi yang ingin membentuk otot kaki, pinggul, dan paha aktiviti ini adalah yang paling tepat sekali. Ia mampu membakar sehingga 800 kalori selama sejam.
BERENANG
Aktiviti yang satu ini mampu membakar kalori sebanyak 800 kalori selama sejam. Anda boleh meneruskan aktiviti dengan bersauna bagi memaksimumkan pembakaran sekali gus memberi relaksasi tubuh setelah latihan.
p/s : jalan kaki pun da ok. .boleh turun 4 kilo :-p
Berjoging merupakan salah satu latihan kardio yang paling efektif untuk memangkas berat badan. Selain membakar sebanyak 800 kalori dalam masa sejam,joging juga boleh membentuk paha dan kaki agar kelihatan lebih kecil.
BERBASIKAL
Aktiviti ini bukan sahaja menyenangkan tetapi merupakan pilihan lain untuk memangkas kalori dengan cara yang lebih cepat. Melalui latihan selama satu jam setiap hari, berbasikal mampu membakar antara 500-1000 kalori.
AEROBIK
Selain itu, aerobik juga boleh menjadi pilihan. Bagi yang ingin membentuk otot kaki, pinggul, dan paha aktiviti ini adalah yang paling tepat sekali. Ia mampu membakar sehingga 800 kalori selama sejam.
BERENANG
Aktiviti yang satu ini mampu membakar kalori sebanyak 800 kalori selama sejam. Anda boleh meneruskan aktiviti dengan bersauna bagi memaksimumkan pembakaran sekali gus memberi relaksasi tubuh setelah latihan.
p/s : jalan kaki pun da ok. .boleh turun 4 kilo :-p
Tuesday, 16 October 2012
Jangan terburu2 . .
"Jangan terburu-buru jatuh cinta"
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya kita masih terlalu awal utk mengerti apa makna cinta yg sesungguhnya.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dlm diri kita masih tersimpan hawa nafsu yang akan merosak kefitrahan cinta.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada akhirnya kita hanya terbelenggu akan buaian-buaian keindahan sesaat.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dibalik keindahan cinta akan membutakan mata hati kita.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya masih banyak kita lihat mereka dgn bangganya mempamerkan cinta yg belum halalnya
Dan tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika kita belum terlalu kuat iman utk menjalaninya yg akan memudarkan cinta kepada-Nya
Bukan kita x ingin utk mendapatkannya,
Bukan kita x suka utk menjalaninya,
Bukan pula kita rasa x suci akan diri kita,
Tapi bermaksud ingin menjaga cinta dengan sebaik-baiknya,
Agar cinta kita x tertambat dengan yg sia2 sebelum waktunya.
Lebih baik :
*Kita bersabar dalam sebuah penantian
*Ketika saatnya telah tiba nanti
*Ketika hati kita telah siap & kuat menjalaninya.
Kita hanya menunggu waktu yg tepat ketika memiliki cinta,
Serta mendapat orang yang tepat untuk kita miliki,
Dan juga berharap sebuah hubungan yang halal saat menjalaninya.
. . . <3 <3 <3 . . .
Sunday, 14 October 2012
Doa Tahajjud
Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله
Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
Saturday, 13 October 2012
Bersedekah Boleh Menghalang Musibah
"Segala sesuatu yang berlaku merupakan satu petanda bahawa Allah itu Esa"
Menderma & memberi bantuan adalah satu amalan mulia yang mendatangkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya berbuat baik kepada orang lain akan diberi ganjaran, dianugerahi kecukupan oleh Allah, hatinya menjadi lapang, hidupnya ceria, hati nuraninya bercahaya & sentiasa dalam pemeliharaan.
Justeru itu, berdermalah walaupun jumlahnya kecil & sedikit. Jangan memperkecilkan apa yang anda dermakan walaupun hanya sebuah kurma, sesuap nasi, seteguk air atau satu perahan susu. Memberilah kepada orang yang memerlukan, orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang sedang sakit. Sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang akan mengurangi kegundahan, kegelisahan dan kesedihan. Derma adalah ubat yang tidak ada kecuali di dalam ajaran Islam.
Abdullah bin al-Mubarak pernah dikemukakan pertanyaan : "Wahai Abu Abdurrahman, darah luka di lututku tidak pernah berhenti, bahkan sejak tujuh tahun yang lalu ia mengeluarkan nanah. Aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah aku ubati dengan bermacam-macam ubat tetapi tidak baik juga."
Ibnu al-Mubarak menjawab: "Pergilah dan lihatlah di tempat yang mana orang-orang memerlukan air. Galilah di tempat itu perigi. Aku berharap mudah-mudahan disana akan muncul mata air yang akan menghentikan darah." Ia mengikuti nasihat itu, dan penyakit pun sembuh.
Masih dalam hal yang lebih kurang sama, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Ubatilah orang-orang yang sakit itu dengan berderma." Baginda bersabda: "Sesungguhnya derma dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak kematian yang buruk "
. . .bidadari2 yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. . . <3
Subscribe to:
Posts (Atom)


















