1. 1. “Jangan mengganggu (menyakiti) orang lain, itu juga merupakan sedekah kamu, kepada diri kamu sendiri.” [Riwayat al-Bukhari & Muslim]
2. 2. “ALLAH SWT sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu masih menolong saudaranya.” [Riwayat al-Tabrani]
3. 3. “Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar debu daripada (sifat) takbur.” [Riwayat Muslim]
4. 4. “ALLAH melaknat pemberi & penerima rasuah dalam hukum.” [Riwayat Ahmad & Abu Daud]
5. 5. “Siapa yang suka kepada syariatku maka hendaklah ia mengikuti sunnahku, sesungguhnya sebahagian daripada sunnah itu ialah berkahwin.” [Riwayat al-Baihaqi]
6. 6. “Taubat hamba akan diterima selama belum dengkur kerongkongnya (yakni roh akan keluar dari tubuhnya).” [Riwayat al-Tirmizi]
7. 7. “Kemarahan manusia berbagai-bagai, ada yang lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Ada sesetengah lambat marah & lambat pula akan reda. Sesetengah pula, lambat marah tetapi cepat reda. Yang ketiga itu yang terpuji.” [Daripada Imam al-Ghazali]
8. 8. “Tidak sempurna iman seseorang Mukmin hingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari & Muslim]
9. 9. “Cinta menjadikan kamu buta dan tuli.” [Riwayat Ahmad & Abu Daud]
10 . “Malu itu tanda adanya iman dan iman itu dalam syurga. Kotor mulut itu daripada kekasaran perangai dan kekasaran perangai itu dalam neraka.” [Riwayat Imam Ahmad]
. . . :)
No comments:
Post a Comment