Sunday, 27 May 2012

Sabar Anugerah Terindah

1. Iman Dan Redha Terhadap Ketentuan (Qadha') Allah
 
Kita wajib beriman bahawa segala musibah yang berlaku seperti gempa bumi, banjir, wabak penyakit adalah ketetapan daripada Allah SWT di Lauhul Mahfuz. Kita juga wajib menerima ketentuan Allah ini dengan berlapang dada (redha). Allah SWT berfirman :
 
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (TMQ al-Hadid [57] : 22)
 
Oleh sebab itu, adalah tidak benar jika ada orang berkata, “gempa bumi itu terjadi kerana ada roh yang sedang marah”. Sebaliknya, bencana itu berlaku kerana ia adalah ketentuan daripada Allah SWT dan bukannya ketentuan daripada sesiapa yang lain.
 
Kita wajib menerima takdir Allah ini dengan penuh redha, bukan dengan perasaan geram atau marah kepada Allah SWT misalnya dengan berkata, "Ya Allah, mengapa harus aku? Apakah dosaku ya Allah?". Sikap yang sedemikian adalah sangat biadap. Allah SWT berfirman :
 
"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang dilakukan, tetapi merekalah yang akan ditanya”
. [TMQ al-Anbiyaa` (21) : 23]
 
2. Sabar Menghadapi Musibah
 
Menurut Imam As-Suyuthi dalam tafsir al-Jalalain, sabar adalah menahan diri daripada segala apa yang dibenci (al-habsu li an-nafsi ‘alaa maa takrahu). Sikap inilah yang wajib dimiliki ketika kita menghadapi musibah. Selain itu, kita disunnahkan untuk  mengucapkan kalimat istirja’ (Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun) ketika berlaku musibah. Allah SWT berfirman :
 
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . [TMQ al-Baqarah [2] : 155-156]
 
Oleh yang demikian, bersabarlah. Jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan. Ingatlah bahawa putus asa itu adalah su`uzh-zhan billah (berburuk sangka kepada Allah)! Su`uzh-zhan kepada manusia pun tidak dibolehkan, apatah lagi kepada Allah SWT. Na’uzubillahi min zalik.
 
Secara realitinya, orang yang ditimpa musibah akan mudah sekali terjerumus untuk bersikap putus asa (surah ar-Rum ayat 36). Allah SWT menegaskan bahawa sikap tersebut adalah sikap yang kufur sebagaimana firmanNya :
 
"Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." [TMQ Yusuf (12) : 87] .
 
3. Mengetahui Hikmah Di Sebalik Musibah
 
Seseorang Muslim yang mengetahui hikmah (rahsia) di sebalik musibah akan memiliki kekuatan mental yang baik. Berbeza dengan orang yang hanya memahami musibah secara cetek iaitu dengan hanya melihatnya secara zahir sahaja. Mentalnya sangat lemah dan mudah mengeluh atas segala musibah yang menimpa.
 
Antara hikmah musibah adalah untuk diampunkan dosa-dosanya. Sabda Rasulullah SAW :
 
"Tiadalah seorang Mukmin yang ditimpa musibah tertusuk duri atau lebih (teruk) daripada itu melainkan dengannya (musibah tersebut) Allah akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya." [HR Bukhari dan Muslim]
 
Seseorang Muslim yang mati ditimpa bangunan atau tembok akibat gempa bumi adalah tergolong sebagai orang yang mati syahid. Sabda Nabi SAW :
 
"Orang-orang yang mati syahid itu ada lima golongan; (1) orang yang terkena wabak penyakit taun, (2) orang yang terkena penyakit perut (disentri, kolera, dsb), (3) orang yang tenggelam, (4) orang yang ditimpa tembok/bangunan, dan (5) orang yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah." [HR Bukhari dan Muslim].
 
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid segala dosa-dosanya, kecuali hutang." [HR Muslim].
 
Hikmah lain adalah jika anak-anak Muslim meninggal, kelak mereka akan masuk ke syurga. Sabda Nabi SAW :
 
"Anak-anak kaum Muslimin (yang meninggal) akan masuk ke dalam syurga." [HR Ahmad]
 
4. Tetap Terus Berikhtiar
 
Maksud ikhtiar ialah tetap melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan dan menghindarkan diri daripada sebarang bahaya yang muncul. Kita tidak disuruh untuk  berdiam diri atau pasrah berpangku tangan bertongkat dagu dengan menunggu bantuan datang ketika musibah menimpa kita.
 
Beriman kepada ketentuan Allah bukan bererti kita hanya duduk diam termenung dan meratapi nasib tanpa berusaha untuk mengubah apa yang ada pada diri kita. Allah SWT berfirman :
 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." [TMQ ar-Ra’du (13) : 11].
 
Ketika berlakunya wabak penyakit di Syam, Umar bin Al-Khattab segera keluar dari negeri tersebut. Ketika ditanya kepadanya,"Adakah kamu hendak lari daripada takdir Allah?". Lalu Umar menjawab,"Ya, aku lari daripada takdir Allah ini untuk menuju kepada takdir Allah yang lain."
 
Rasulullah SAW juga memberi petunjuk bahawa segala bahaya (kemudaratan) wajib untuk dihapuskan (dihindarkan). Misalnya ketiadaan logistik, tempat tinggal, masjid, sekolah dan sebagainya. Nabi SAW bersabda, "Tidak boleh menimbulkan bahaya bagi diri sendiri dan bahaya bagi orang lain." [HR Ibnu Majah]
 
5. Memperbanyakkan Berdoa Dan Berzikir
 
Kita sentiasa dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan zikir bagi orang yang ditimpa musibah. Orang yang mahu berdoa dan berzikir adalah lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang enggan atau malas. Rasululah SAW mengajarkan doa bagi orang yang ditimpa musibah: "Allahumma jurnii fii musiibatii wa akhluf lii khairan minhaa” (Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya.) [HR Muslim].
 
Zikir juga dapat mententeramkan hati orang yang sedang gelisah atau yang mengalami tekanan. Allah SWT berfirman :
 
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."
 [TMQ ar-Ra’du (13) : 28]
 
Antara zikir yang dianjurkan adalah dengan beristighfar "Astaghfirullahal ‘azhim". Sabda Nabi SAW :
 
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya daripada kesedihan, memberinya jalan keluar terhadap kesempitannya, dan akan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya." [HR Abu Dawud].
 

6. Bertaubat
 
Tiada seorang hamba yang ditimpa musibah melainkan ia adalah akibat daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Maka sudah semestinya dia perlu bertaubat nasuha kepada Allah SWT. Orang yang tidak mahu bertaubat setelah ditimpa musibah adalah orang sombong dan sesat. Allah SWT berfirman :
 
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)." [TMQ asy-Syuura (42) : 30]
 

Sabda Nabi SAW: 
 
"Setiap anak Adam mempunyai kesalahan (dosa). Dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat." [HR at-Tirmidzi].
 
Terdapat 3 rukun dalam melakukan taubat nasuha. Pertama, menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kedua, berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. Ketiga, berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang. Jika dosa-dosanya berkaitan hubungan sesama manusia seperti belum membayar hutang, pernah memfitnah atau mengumpat seseorang, pernah menyakiti perasaan orang lain dan sebagainya, maka rukun taubat ditambah satu lagi iaitu menyelesaikan masalah urusan sesama manusia dan memohon maaf.
 
7. Tetap Istiqamah Dengan Islam
 
Dalam setiap musibah yang berlaku, akan wujud pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan niat yang jahat. Contohnya perbuatan kotor berbentuk keagamaan seperti kristianisasi. Cara-cara yang dilakukan adalah dengan memberikan bantuan logistik, perubatan, wang, rumah dan sebagainya.
 
Ketahuilah bahawa semua itu tidak diberikan dengan tulus melainkan terdapat niat yang keji disebaliknya. Niat orang-orang kafir itu adalah bertujuan untuk memurtadkan orang-orang Islam supaya menjadi penganut agama Kristian sebagai balasan atas bantuan dan jasa yang telah diberikan. Na`uzu billahi min dzalik.
 
Di sinilah seseorang Muslim itu dituntut untuk terus bersikap istiqamah, iaitu konsisten di atas satu jalan dengan mengamalkan kewajiban-kewajiban dan meninggalkan larangan-larangan (mulazamah al-thariq bi fi’li al-wajibat wa tarki al-manhiyyat). Allah SWT telah mewajibkan kita untuk beristiqamah :
 
"Maka tetaplah kamu (di jalan yang benar) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan orang yang telah bertaubat bersama kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". [TMQ Huud [11] : 112].
 
Muslim yang murtad (keluar daripada agama Islam) dan menjadi pemeluk Kristian (atau agama-agama lain yang lain) sebenarnya telah tertipu mentah-mentah baik di dunia mahupun di akhirat. Allah SWT berfirman :
 
"Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ al-Baqarah [2] : 217]
 
Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk terus beristiqamah dalam mempertahankan keislaman kita. Jangan mudah tertipu oleh pujuk rayu syaitan bertopengkan manusia. Jangan sesekali mati kecuali tetap memegang teguh dengan agama Islam. Allah SWT berfirman :
 
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim." [TMQ Ali ‘Imraan [3] : 102]


... ('',) 

Saturday, 10 March 2012

Hidup Sederhana, Lebih Terhormat, Lebih Mulia

      Pada tahun 16H, Madain jatuh ke tangan kaum muslimin. Bandar Persia yang sangat indah dan kaya-raya ini berjaya ditundukkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqash. Berita kemenangan segera dikirimkan kepada Khalifah Umar bin al-Khathab di Madinah.

      Ahli Madain yang masih beragama Majusi mulai bertanya-tanya, siapakah yang akan diutus oleh Umar untuk menjadi penguasa baru bagi bandar yang sangat besar ini ? Tidak lama kemudian, surat daripada Umar tiba lalu ia dibaca kepada semua ahli Madain.

Umar menulis, ''Aku telah mengutus Huzaifah bin al-Yaman kepada kalian. Tunduk dan patuhlah kepadanya.''

      Apabila mendengar isi surat ini, penduduk Madain segera terfikir, ''Tentulah orang ini sangat terhormat.'' Mereka bercadang untuk menyambut kedatangan Huzaifah secara besar-besaran. Pada hari kedatangan Huzaifah, tokoh2 pembesar Madain keluar dengan berpakaian mewah untuk menyambutnya. Kenderaan dan perarakan telah dihias dengan sangat indah.

      Namun, setelah menunggu sejak dari pagi hingga petang, mereka tidak menemui sesiapa yang mereka sangka utusan Umar dari Madinah. Mereka hanya melihat seorang lelaki Arab yang menunggang keldai sambil menyimpang kaki dan memakan roti kering meminta izin untuk masuk ke Madain. Mereka membiarkannya berlalu tanpa mempedulikannya.

      Setelah letih menunggu, ahli Madain ini bertanya kepada seorang Muslim yang kebetulan mereka temui, "Di manakah amir [gabenor] kalian?'' Orang itu menjawab, "Huzaifah sejak tadi telah masuk ke Madain.''

----------> Mereka benar2 terperanjat. Mereka baru sedar bahawa ''lelaki Arab yang miskin'' yang tidak dipedulikan itu, rupa2nya penguasa Madain yang baru datang dari Madinah. Mereka mengejar Huzaifah untuk meminta maaf daripanya.

ISLAM DAN HIDUP SEDERHANA

      Menerapkan gaya hidup sederhana tidak menjatuhkan darjat seseorang. Huzaifah tetap seorang penguasa Madain meskipun hanya berkenderaan keldai dan berpakaian seadanya. Sementara penduduk Madain pula, tetap rakyat biasa yang hina meskipun mereka mengenakan baju mewah & menggunakan kenderaan yang mahal.

     Kehormatan seseorang bukan terletak pada penampilan dirinya, tetapi ia terletak dalam prestasi kerja yang telah dicapainya. Penduduk Madain mendapat pelajaran yang berharga itu daripada Huzaifah bin al-Yaman.

-------------> Huzaifah menjelaskan bahawa kesederhanaan yang menjadi gaya hidupnya itu merupakan ajaran Rasulullah S.A.W

     Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abi Laila,ketika Huzaifah tiba di Madain, beliau meminta minuman. Seorang pembesar kota itu [gelaran ''dihqan''] segera memberi air di dalam sebuah gelas perak kepada beliau. Huzaifah segera melempar gelas itu ke muka pembesar tersebut.

Huzaifah berkata, ''Aku melakukan hal itu sebab aku pernah melarangnya, namua ia tetap mengulangi. Sesungguhnya Nabi S.A.W melarang kami memakai sutera & meminum daripada bejana emas dan perak. Beliau bersabda, semua itu untuk mereka [orang2 kafir] di dunia, dan untuk kalian [orang2 mukmin] di akhirat.''

---------------> dari sini, ulama sepakat mengharamkan emas dan perak untuk dijadikan alat makan, minum, dan bersuci. Hukum ini disepakati untuk lelaki dan perempuan tanpa perbezaan.

DEFINISI SEDERHANA

     Hidup sederhana bukanlah kedekut dan enggan membelanjakan harta sama sekali. Definisi yang paling tept adalah membelanjakan harta sesuai dengan keperluan. Oleh itu, Islam membolehkan penggunaan emas dan perak jika ia selari dengan keperluan asas manusia seperti perhiasan wanita dan menggantikan bahagian tubuh yang rosak.

Falsafah kesederhanaan dalam Islam dibina atas keyakinan bahawa dunia ini tempat persinggahan belaka.

Ia adalah pesanan Rasulullah S.A.W kepada Abdullah bin Umar. Baginda bersabda kepada beliau :

''Jadikanlah [hidupmu] di dunia ibarat seorang pendatang atau seorang musafir yang sedang singgah''   [Riwayat al-Bukhari]

      Seorang musafir tidak akan menghiasi tempat persinggahannya dengan barang2 mahal seolah2 ia akan tinggal selamanya. Akan tetapi, ia akan hidup seadanya, lalu membelanjakan wangnya untuk keperluan yang lebih penting di tempat tujuan. Begitulah kehidupan mukmin di dunia ini. Ia menjadikan akhirat sebagai tempat tujuan dan menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan.

Salamah bin Dinar berkata,''Aku hairan melihat orang yang giat bekerja untuk tempat yang akan ditinggalkan [dunia], dan enggan bekerja untuk tempat yang akan didatangi [akhirat].''

Al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

''Sedikitkanlah masuk ke [rumah] orang kaya2. Hal yang demikian adalah lebih layak agar kamu tidak meremehkan nikmat2 ALLAH.''

-----------------> Kita juga harus berlatih untuk tidak makan kecuali ketika benar2 lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.





. . .Hidup sederhana lebih selamat & lebih terhormat . . . :)

Sunday, 12 February 2012

ABout Nurses

1. Nurses are angels in comfortable shoes.  ~Author Unknown


2. Constant attention by a good nurse may be just as important as a major operation by a surgeon.  ~Dag Hammarskjold


3. Nurses are the heart of healthcare.  ~Donna Wilk Cardillo


4. Nursing would be a dream job if there were no doctors.  ~Gerhard Kocher


5. Nursing is an art:  and if it is to be made an art, it requires an exclusive devotion as hard a preparation, as any painter's or sculptor's work; for what is the having to do with dead canvas or dead marble, compared with having to do with the living body, the temple of God's spirit?  It is one of the Fine Arts:  I had almost said, the finest of Fine Arts.  ~Florence Nightingale


6. Caring is the essence of nursing.  ~Jean Watson




7. Nurses can take the pressure.  ~Author Unknown


8. The trained nurse has become one of the great blessings of humanity, taking a place beside the physician and the priest.... ~William Osler


9. Nurses dispense comfort, compassion, and caring without even a prescription.  ~Val Saintsbury


10. Bound by paperwork, short on hands, sleep, and energy... nurses are rarely short on caring.  ~Sharon Hudacek, "A Daybook for Nurses"


11. Nurses are I.V. leaguers.  ~Author Unknown


12. When I think about all the patients and their loved ones that I have worked with over the years, I know most of them don't remember me nor I them.  But I do know that I gave a little piece of myself to each of them and they to me and those threads make up the beautiful tapestry in my mind that is my career in nursing.  ~Donna Wilk Cardillo, A Daybook for Beginning Nurses


13. After two days in the hospital, I took a turn for the nurse.  ~W.C. Fields


14. When you're a nurse you know that every day you will touch a life or a life will touch yours.  ~Author Unknown


15. Panic plays no part in the training of a nurse.  ~Elizabeth Kenny


16. Nurses are patient people.  ~Author Unknown


17. You might be a nurse if you firmly believe that "too stupid to live" should be a diagnosis.  ~Author Unknown


18. You know you're a nurse if... you triage the laundry when at home:  This pile needs immediate attention, the pile can wait, this pile, with a little stain stick will be OK until you get back to it.  ~Donna Wilk Cardillo


19. Whether a person is a male or female, a nurse is a nurse.  ~Gary Veale


20. If Christian scientists had more science and doctors more Christianity, it wouldn't make any difference which you called in - if you had a good nurse.  ~Finley Peter Dunne


21. Nurses - one of the few blessings of being ill.  ~Sara Moss-Wolfe


22. Nursing is not for everyone.  It takes a very strong, intelligent, and compassionate person to take on the ills of the world with passion and purpose and work to maintain the health and well-being of the planet.  No wonder we're exhausted at the end of the day!  ~Donna Wilk Cardillo


23. If love can't cure it, nurses can.  ~Author Unknown


24. A nurse will always give us hope,
an angel with a stethoscope.
~Terri Guillemets


25. Nurses don't wait until October to celebrate Make a Difference Day - they make a difference every day!  ~Author Unknown


26. Confucius say:  "Man who want pretty nurse, must be patient."  ~Author Unknown


27. Nursing care comes in many forms.  Sometimes it is the ability to make someone feel physically comfortable by various means.  Other times it is the ability to improve the body's ability to achieve or maintain health.  But often it is an uncanny yet well honed knack to see beyond the obvious and address, in some way, the deeper needs of the human soul.  ~Donna Wilk Cardillo, A Daybook for Beginning Nurses


 28. Always thank your nurse,
Sometimes the only one between you and a hearse.
~Carrie Latet


29. Nurses are the hospitality of the hospital.  ~Carrie Latet


30.  We'd all be worse without a nurse.  ~Author Unknown


31. During my second year of nursing school our professor gave us a quiz.  I breezed through the questions until I read the last one:  "What is the first name of the woman who cleans the school?"  Surely this was a joke.  I had seen the cleaning woman several times, but how would I know her name?  I handed in my paper, leaving the last question blank.  Before the class ended, one student asked if the last question would count toward our grade.  "Absolutely," the professor said.  "In your careers, you will meet many people.  All are significant.  They deserve your attention and care, even if all you do is smile and say hello."  I've never forgotten that lesson.  I also learned her name was Dorothy.  ~Joann C. Jones




. . .hehehehe. .  :)

Thursday, 2 February 2012

10 koleksi hadis

1.    1.   “Jangan mengganggu (menyakiti) orang lain, itu juga merupakan sedekah kamu, kepada diri kamu sendiri.”             [Riwayat al-Bukhari & Muslim]

2.   2.    “ALLAH SWT sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu masih menolong saudaranya.”         [Riwayat al-Tabrani]


3.    3.  “Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar debu daripada (sifat) takbur.”       [Riwayat Muslim]

4.    4.   “ALLAH melaknat pemberi & penerima rasuah dalam hukum.”   [Riwayat Ahmad & Abu Daud]


5.   5.    “Siapa yang suka kepada syariatku maka hendaklah ia mengikuti sunnahku, sesungguhnya sebahagian daripada sunnah itu ialah berkahwin.”      [Riwayat al-Baihaqi]

6.   6.    “Taubat hamba akan diterima selama belum dengkur kerongkongnya (yakni roh akan keluar dari tubuhnya).”                [Riwayat al-Tirmizi]


7.   7.    “Kemarahan manusia berbagai-bagai, ada yang lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Ada sesetengah lambat marah & lambat pula akan reda. Sesetengah pula, lambat marah tetapi cepat reda. Yang ketiga itu yang terpuji.”                [Daripada Imam al-Ghazali]

8.  8.     “Tidak sempurna iman seseorang Mukmin hingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri.”                                [Riwayat al-Bukhari & Muslim]


9.   9.    “Cinta menjadikan kamu buta dan tuli.”                 [Riwayat Ahmad & Abu Daud]

10 .   “Malu itu tanda adanya iman dan iman itu dalam syurga. Kotor mulut itu daripada kekasaran perangai dan kekasaran perangai itu dalam neraka.”   [Riwayat Imam Ahmad]



 . . . :)           

Tuesday, 24 January 2012

ISTIDRAJ . .

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Lalu Rasulullah SallaLlahu 'Alayhi Wa sallam membaca (surah al-An'aam ayat 44): Maksudnya: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."(Hadis riwayat Ahmad)
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Thursday, 19 January 2012

Interaksi Lelaki dan Wanita . . .

Sistem sosial-kemasyarakatan (an-nizam al-ijtima'i) adalah yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita, atau wanita dengan lelaki, mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tetsebut.

Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:

Pertama, bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Berbeza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja, sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum-hukum, sepeerti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.

Kedua, bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat dibenarkan oleh syara'. Seperti haji, dan jual beli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum-hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.

Ketiga, bahawa wanita diberi hak yang sama dengan lelaki serta mempunyai kewajiban yang sama, kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syara’.Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus-niaga pertanian, membuat kilang, serta melakukan akad dan mu'amalah lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. ) Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi al-hakim (khalifah wakil dan pembantu khalifah, wali, ketua qadi dan amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazzalim.

Keempat, Wanita hidup dalam kehidupan am (di luar rumah) dan kehidupan khas (di dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang dengannya). Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota tubuhnya, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga berpakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat hukum syara' secara mutlak.


Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas di sini adalah tempat tertentu yang untuk memasukinya, orang lain memerlukan izin daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu jangan memasuki rumah lain, sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam penghuninya." (Q.s. An-Nur: 27).

Ayat tersebut menerangkan, bahawa ada rumah yang "kamu mendapatkan izin' untuk memasukinya, dan ini dijadikan sebagai illat untuk menentukan tempat tersebut sebagai tempat khas. Sedangkan tempat am, adalah tempat yang untuk memasukinya, orang lain tidak meminta izin.

Kelima, bahawa wanita juga dilarang berkhalwat dengan lelaki bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up wajah yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya), termasuklah membuka aurat di hadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah, kendaraan, atau tempat-tempat khas sahaja, tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am, seperti berdua-duaan di tempat umum yang kosong, atau tempat am yang lain. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berduaan, iaitu antara lelaki dan perempuan. Kerana itu, khalwat dapat pula terjadi di dalam tempat khas, seperti rumah, kereta peribadi atau pejabat, atau di tempat am, seperti taman, kampus atau ruang belajar dan sebagainya.

Keenam, bahawa antara lelaki mahupun wanita, sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlaq atau membawa kerosakan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli-belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki. Atau bekerja di pub-pub, kelab-kelab malam dan sebagainya. Termasuk. lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang dibenakan untuk menatik daya seksual wanita.

Ketujuh, bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteraman. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam pekerjaan rumah, meskipun kewajiban suami adalah bekerja di luar rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepemimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepemimpinan seorang penguasa keatas rakyatnya, melainkan kepemimpinan yang bersifat riayah (mengurus). Sebab, hubungan suami-isteri tidak seperti hubungan antara penguasa dengan rakyat. Dan isteri juga diwajibkan untuk ta’at, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isteri dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.

Kelapan, bahawa mengasuh budak merupakan hak dan kewajiban wanita, apakah muslimah ataupkah bukan. Namun, apabila budak tersebut tidak memerlukan lagi "asuhan" ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslimah maka budak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama Islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.


Kenyataan ini juga diperkuat oleh beberapa nas, antara lain;

“Sesiapa sahaja yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka tidak akan pernah diterima.” (Q.s Ali-Imran: 85).

Friday, 13 January 2012

TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ??



♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
♥ Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu.