Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlipan manja. Mungkin juga pada bibirnya yang tak jemua-jemu menyerlahkan senyuman manis. Atau mungkin juga pada gelak tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Panjatkanlah kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Inilah rahsia yang menjadikan anda lebih cantik & menarik!
-> jadikanlah Ghadhul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih
-> oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis
-> gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman
-> pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan
-> rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan
-> hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah
-> sebaik-baik kalung anda adalah kalung "kesucian"
-> bedaklah wajah anda dengan "air Wuduk" nescaya akan bercahaya di akhirat
Monday, 13 January 2014
Friday, 5 July 2013
Orang menyesal pada Hari Kiamat
Bismillahirrahmanirrahim. .
"Janganlah kamu makan harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah & (janganlah) mengeluarkan harta (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian daripada harta manusia dengan cara yang berdosa sedangkan kamu mengetahui."
[Surah Al-Baqarah :188]
Siapakah orang yang menyesal pada hari kiamat?
1. Orang yang mengabaikan solat
2. Orang yang memungkiri janji
3. Wanita yang meratapi orang yang meninggal
4. Orang yang menerima rasuah
5. Orang yang melarikan diri dari medan perang
6. Orang yang membuat kerosakan di muka bumi
7. Tukang sihir
8. Orang yang menderhakai ibubapanya
9. Orang yang khianat
10. Orang yang gemar melaknat & mancaci
11. Orang yang berdendam & dengki
12. Orang yang riak
13. Orang yang menyakiti jirannya
14. Orang yang bersikap buruk terhadap pembantu & hamba sahaya
15. Orang yang menyakiti orang lain
16. Orang yang bakhil
17. Orang yang suka memfitnah & menghasut

Friday, 24 May 2013
Jimba2 lg ;)
Assalamualaikum semua. :)
Kali ni nak bercerita pasal jimba-jimba pulak. Almaklumla pelajar tahun akhir kan,bakal menamatkan pengajian tak lama lagi. Semalam nak update tapiiiiii mengantuk sangat. .so,update pagi ni jer. Oklah kali ni kittttttttttorang pergi berjimba dekat Masjid Jamek,KL. Perjalanan seawal jam 9 pg ke KTM. Pastu naik KTM ke KL Sentral mengambil masa selama sejam dari Nilai. Then, naik LRT terus ke Masjid Jamek. X jauh pun, cuma selang 2 station je. Sesampainya di sana, apalagi nak ditunggu. Mula bershopping la kan. .bestt kottt. .huhu

...ini gambar masa tengah tunggu LRT untuk ke Masjid Jamek. Boleh tahan la, x ramai sangat orang time2 camni walaupun Wesak Day arini...
...ha, masa ni dah sampai Masjid Jamek. Borong abis la kan. Murahhhh sangat...
...ni salah satu kedai kat sana. Macam2 ada. Xrugi pun datang sini. Bawak rm100 pun dah cukup...hehe
...wahhh! ramainya orang. .knp ramai sangat ni?? nak masuk dalam pun tak boleh...nak try jugak mencelah masuk dalam. OOO jualan beg rupanya. Ok dah beli. Jom keluar :D
...tengah syok2 bershopping,tiba-tiba ada sorang makcik ni parking keta buah-buahan dia. Betul2 depan mata ni ha, nyammm2...sedapnyeee macik...nasib baik sy dah kenyang. .kalau tidak. . .
...setelah puas bershopping kat Masjid Jamek, kami pun beransur pulang. Sebelum tu singgah KL Sentral jap ronda-ronda dalam tu. Singgah makan & solat dulu...
...orite, sebelum balik singgah Mid Valley jap. Nak abiskan BB1M. Dah nak expired dah voucher tu,huhu. Ramai jugak orang kat dalam MPH tu. Beli dik jangan tak beli. Siap ada yang duduk bersila lagi tu..haha. .dahsyat betul...
"Sue, tolong carikan buku best-best. Yang kami suka baca".
Sue jawab, "Ok, nah try buku ni "
"Wahhh. .hahaha. .bestnya buku ni"
lama jugak tengok-tengok buku tu. Inputnya juga berguna. Banyak ilmu dan tips-tips dalam tu. Kalau nak tau lebih lanjut. Boleh la dapatkan dimana-mana kedai buku k :)
...ha, lepas keluar dari MPH, singgah VINCCI jap, tengok-tengok kasut pulak. .murah giler. .siapa yang tak nak beli kan. Ok saya dah beli. Jom balik :D...
...sampai KTM Nilai kul 630, terus solat. Pastu tunggu bas Nilai University pukul 730. Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya . <3
oK dah abis topik jimba-jimba kali ni. Tata ;)
Friday, 10 May 2013
Sample questions of Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)
Here are some examples of Nursing Board Exam's question. Its suitable for those who are going to sit for this exam soon. Lets explore. .& try to answer these questions.
1. Channel is one of the elements in the process of communication. It refer to
A an individual who receives the message
B ideas, messages of feelings that are being passed to the receiver
C the medium used to pass the message to the targeted audience
D an individual or a group of individuals who wish to pass the message to others
2. Puan Kartika has just delivered a healthy newborn. Your main health education will be to
A supervise her on the breastfeeding techniques
B advise her to get assistance from a trained midwife
C encourage her to follow the confinement practices of her mother
D contact the community nurse to assess the baby when discharged
3. While you are on duty in the male ward, client B fell down from the bed but did not sustain any injuries. What is the important step that you should do after the incident?
A not necessary to record
B inform the family as soon as possible
C report to the supervisor as soon as possible
D request the doctor to give treatment to the client
4. In the effort to ensure continuous improvement, an organization needs to have a quality assurance programme. The purpose of this programme is to
A penalize institutions that have many problems
B coordinate the services at all health institutions
C monitor the managers who need to take remedial action
D encourage managers to maintain quality by following specific indicators
5. Which of the following is true concerning the research process?
A the steps of the research process always proceed in the same way in each study
B there may be some shifting back and forth between the steps of the research process
C the most important step in the research process is to identify the study hypothesis
D the steps in the research process are never carried out in an orderly fashion
6. Mr Ng had chickenpox during his childhood and was not infected by his friend who had the disease during his university years. Mr Ng had developed immunity as a result of an actual infection which is called
A natural active acquired immunity
B artificial active acquired immunity
C natural passive acquired immunity
D artificial passive acquired immunity
7. The nurses assesses Puan Letchumy after administering antidiabetics and finds that she complains of dizziness and is sweaty as well as cold and clammy. She may be experiencing
A hypokalaemia
B hyperkalaemia
C hypoglycaemia
D hyperglycaemia
8. The advice the nurse should give to Encik Sham in order to maintain the synthetic graft patency made for the aneurysm on his abdominal aorta is to
A control his heart disease
B have sufficient exercise and rest
C continue with his weightlifting exercise
D maintain blood pressure within the normal range
9. Mr Wong has been ordered to take 5ml of the liquid cough syrup. If the cough syrup contains 15mg of codeine in 5ml of liquid, what is the amount of codeine that Mr Wong is ordered to take?
A 0.5mg
B 1.5mg
C 5.0mg
D 15mg
10. Mrs Choo who is suffering from gastric cancer is receiving radiotherapy. The health education that is suitable for her concerns is
A practising a healthy lifestyle
B the problem of hair loss and stomatitis
C skin and wound care, diet and sources of information
D emotional support and involvement of the family in treatment
11. Which of the following lab values is consistent with haemolytic anaemia?
A increased RBCs, decreased bilirubin, decreased haemoglobin and haematocrit & increased reticulocytes
B decrease RBCs, increased bilirubin, decreased haemoglobin and haematocrit & increased reticulocytes
C decreased RBCs, decreased bilirubin, increased haemoglobin and haematocrit & decreased reticulocytes
D increased RBCs, increase bilirubin, increased haemoglobin and haematocrit & decreased reticulocytes
12. Following a post-hysterectomy, a woman is placed on oestrogen replacement therapy. The primary purpose of oestrogen replacement therapy following surgical menopause is to prevent
A arthritis
B pregnancy
C breast cancer
D vasomotor instability
13. The nurse has assessed four children of varying ages. Which one requires further evaluation?
A a 7-month-old who is afraid of strangers
B a 4-year-old who talks to an imaginary playmate
C a 9-year-old with enuresis
D a 16-year-old who has nocturnal emissions
14. A patient has undergone an arthroscopy. Two hours after the procedure, the patient's pedal pulses have diminished from the previous assessment. What should the nurse do?
A take his vital sign
B notify the physician
C perform a neurovascular assessment
D change the dressing and rewrap the alastic wrap
15. An elderly client with cystitis also has an indwelling urinary catheter. The nurse should ensure that the nursing assistant does not
A use soap and water to clean the perineal area
B place the drainage bag below the level of the bladder
C use the drainage tubing port to obtain a urine sample
D let the drainage tube rest under the leg
ANSWER:
1. C
2. A
3. C
4. D
5. B
6. A
7. C
8. D
9. D
10. C
11. B
12. D
13. C
14. C
15. D
. . .12 JUNE 2013--> ALL THE BEST FOR US!
Tuesday, 12 February 2013
PSY ward :-p
assalamualaikum semua :)
mlm ni nak cita pasal pengalaman di wad pulak. Psychiatric ward. Atau bahasa kampungnye orang panggil wad sakit jiwa. Dalam ni majoriti pesakitnya terdiri daripada mereka2 yang mengalami mental illness. Mental illness ialah change in behavior,thought,feelings,and moods. Senang cita orang sakit mental ni memang lain dari orang normal. Diorang ni xberdosa sebab diorang sakit. Hmm kesian kan . .bersyukurlah kamu2 yang memiliki akal yang waras. Yang dapat berfikir baik dan buruk.
Ini kisah hari pertama di wad psy . 6 orang semuanya. Masing2 nervous.
Female ward.
First time masuk wad psy kat hospital ni. Nervous gilee. .huuu
Kak Y : syazzz!! (sambil pegang lengan)
Sy : opocottt. .huh knp? terkejut
Kak Y : eh terkejut ey? hehe sori
Sy : mestyla. .nervous ni. .huhu takutla wad ni
Kami diberi orientation about this ward by Mdm H.
Madam H : korang kenape? macam takut hantu je? jom saya bawak pegi orintasi dulu. Ok kamu semua dah tahu kan wad psy ni. Patientnye x ok. Kadang2 muka nampak ok tapi kita x dapat bace fikiran diorang. Semua staff kat sini ada kunci. Kalau nak keluar dari sini,minta kunci dari staff nurse dulu. Pastikan pintu sentiasa berkunci. Kalau patient lari, siapa nak kejar? korang sanggup kejar? cecece lari menonong. .Treatment room kat sini. Linen kat sane. .bla bla bla. . .faham x ?
Semua : FAHAMMMMM MADAMMM :D
Madam H : bagus. .dah pegi buat keje. .
Routine activity macam selalu la. Bed making, observations, administered medications and others.
Ok la selepas tu. Perasaan nervous berkurangan. .
The next day.
Madam H : siapa yang belum pegi wad lelaki?
Miss I : sy dah pegi. .
Madam H : okay. .korang bertiga dah pernah datang sini kan. .so, bagi peluang kepada orang lain pulak. kamu 3 orang pergi wad laki. Syazana,Hidayu, dgn Hidayani. Pergi sekarang. Hari ni ada 2 orang pergi ECT.
Syaz : (dalam hati) erkkk. .alamakkk2. .camna ni. . xsuka wad laki
xsuka tapi terpaksa pergi jugak. .huhhh tabahkan hati
Male ward.
Kelihatan ramai pesakit dalam wad ni. Satu,dua,tiga,empat,lima. . .sebelasss. Home leave pun ada jugak.
Ok takpe2. Calm syazana. .macam biase la. Dalam wad ni pepagi kul 7 dah mula buat bed making. Sorang lagi amik observations.
Pesakit 1 : Pakcik2 bangun. .orang nak kemas katil ( sambil kejutkan orang yg tengah tido)
hmmm bagus jugak pakcik sorang ni. Senang keja kitorang. Sementara diorang g mandi,bolehla kemas katil.
Hari first masuk sini dah ada ECT (electroconvulsive therapy). wahhh. .gawat ni. .xde pengalaman lagi nak handle semua nih. .
nasib baik ada MA yang baik hati.
Procedure ECT berjalan dengan lancar. ECT ni merupakan jalan penyelesaian terakhir untuk pesakit mental illness. Sejenis electrode akan diletakkan dikepala dan arus electric akan diberi kepada pesakit. Sakit x ? Hanya ALLAH yang tahu. .memang menyakitkan. .
The next day.
Hari ni best jugak. Madam ajak g tangkap ikan keli. haha. .biar betul madam ni. Dahla pakai uniform putih.
3 of us pun ikut la. Location xjauh dari hospital. Masuk jalan kampung. Hee excited nak tangkap ikan nih. .
hah ni la tempat ikan keli tu. .nak tangkap 20 kilo ja tapi terlebih pulak. 2 kolah ni kosong. Banyakk ikan dalam tu. .best2. .home visit ni memang best. .terbaik dari kolah!! yeahh
The next day. Wad laki jugak. Huhhh. .xsuka tapi buat2 suka. .
Hari ni xbanyak aktiviti nak buat memandangkan ada students dari college lain. So ramai student dalam ward ni. Patients pun hepi je. .huhu. .macam2 gelagat dapat tengok dalam ward ni. Majoritinya schizophrenia. Yang depression pun ramai. Kesian sgt. .Yang muda yang tua semua xterkecuali. Ada sorang pakcik ni hepi je memanjang. Hari2 nyanyi dalam wad,hehe. .pandai mengaji pulak tu. Semoga semuanya sembuh seperti sedia kala,insyaALLAH.
Bersyukurlah kalian yang sempurna. Yang dapat hidup secara normal. .
Psy ward memang best walaupun pada mulanya agak DEPRESS !
~Alhamdulillah atas segala nikmat-Mu ya ALLAH ~
next week ward lain pulak. .zasSS

Friday, 28 December 2012
J1mba-J!mba Part 1
Ni gmbr ktorang berjimba kat I-City baru2 ni. .bahagianya berjimba dengan family :D
Second time datang sini. Third time dengan siapa pulak? jeng3 . .Snowalk rm35 untuk dewasa. .g berjimba time christmas day memang ramai gile la orang kan. .nak cari parking pun susah. .sampaikan ada yang parking kat luar (Jimat kot sebab xperlu bayar RM10 untuk parking) .Pastu jalan kaki masuk dalam. Fuhh, memang boleh kurus la camtu.Syabas kepada Kak Wani n ayah sebab masuk2 dalam terus dapat parking. .haha. .great! . Dah banyak permainan kat dalam. Tak macam first time datang dulu. Nex time nex time musty lagi best . InsyaALLAH. .siapa yang belum datang tu, datangla ke I-City Shah Alam. Best sangattt !
eye on Malaysia ni rm10 aje :)
hehe

Monday, 10 December 2012
Bumi L@ngkawi :)
Assalamualaikum readers, hari ni sy nk cerita pasal Langkawi. Mungkin ramai yg pernah datang sini dan mungkin ramai yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Baru2 ni sy ada ke tempat2 best. .contoh macam 'cable car', underwaterworld, makam mahsuri dan lain2. Almaklumla baru mula cuti semester. Kebetulan ada sorang kawan ikut sy balik rumah. Apalagi, berjimba sakan la kitorang . :D
Untuk pengetahuan semua, disini sy senaraikan 'fee' untuk masuk ke beberapa tempat best [ Dec 2012 ]. Antaranya ialah :
*Underwaterworld : RM38 [without ic], RM28 [with IC], RM14 [for Langkawian]
*Makam Mahsuri : RM7
*Cable Car : RM15
*Galeria Perdana : RM5
*Mangrove : RM150++ [ikut harga pakej,dlm 10 org]
Semua ni harga tiket dewasa. Kalau kanak2 tu lagi murah la. Terutama rombongan sekolah,memang boleh dapat 'discount'.
Jom kita tengok gambar2 menarik pula :)

. . .ni gambar dari atas puncak bukit, sejukkk sangat. Sesuai sangat kalau nak tenangkan fikiran. Tambah2 yang stress dengan case study n research. .
. .ni pun gambar dari atas. Rugi tau kalau x naik ni. Saye dah x gayat :D. .
. . .ni gambar kat stesen pertama yang kita jumpa masa naik 'cable car'. . .
. . .ni contoh tiket untuk masuk ke Underwater World. . .
. . .Subhanallah ! cantik !
. . .mug special ni :)
. . .ni kat Beras Terbakar,nak masuk free aje. . .
Ok lah setakat ni aje yang dapat sy kongsi. Kalau xpuas hati,datanglah 'judge' sendiri. . ;) . .byee
Thursday, 22 November 2012
Senaman Untuk Cepat Kurus :)
BERJOGING
Berjoging merupakan salah satu latihan kardio yang paling efektif untuk memangkas berat badan. Selain membakar sebanyak 800 kalori dalam masa sejam,joging juga boleh membentuk paha dan kaki agar kelihatan lebih kecil.
BERBASIKAL
Aktiviti ini bukan sahaja menyenangkan tetapi merupakan pilihan lain untuk memangkas kalori dengan cara yang lebih cepat. Melalui latihan selama satu jam setiap hari, berbasikal mampu membakar antara 500-1000 kalori.
AEROBIK
Selain itu, aerobik juga boleh menjadi pilihan. Bagi yang ingin membentuk otot kaki, pinggul, dan paha aktiviti ini adalah yang paling tepat sekali. Ia mampu membakar sehingga 800 kalori selama sejam.
BERENANG
Aktiviti yang satu ini mampu membakar kalori sebanyak 800 kalori selama sejam. Anda boleh meneruskan aktiviti dengan bersauna bagi memaksimumkan pembakaran sekali gus memberi relaksasi tubuh setelah latihan.
p/s : jalan kaki pun da ok. .boleh turun 4 kilo :-p

Tuesday, 16 October 2012
Jangan terburu2 . .
"Jangan terburu-buru jatuh cinta"
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya kita masih terlalu awal utk mengerti apa makna cinta yg sesungguhnya.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dlm diri kita masih tersimpan hawa nafsu yang akan merosak kefitrahan cinta.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada akhirnya kita hanya terbelenggu akan buaian-buaian keindahan sesaat.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika dibalik keindahan cinta akan membutakan mata hati kita.
Tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika pada kenyataannya masih banyak kita lihat mereka dgn bangganya mempamerkan cinta yg belum halalnya
Dan tidak perlu terburu2 utk jatuh cinta,
Jika kita belum terlalu kuat iman utk menjalaninya yg akan memudarkan cinta kepada-Nya
Bukan kita x ingin utk mendapatkannya,
Bukan kita x suka utk menjalaninya,
Bukan pula kita rasa x suci akan diri kita,
Tapi bermaksud ingin menjaga cinta dengan sebaik-baiknya,
Agar cinta kita x tertambat dengan yg sia2 sebelum waktunya.
Lebih baik :
*Kita bersabar dalam sebuah penantian
*Ketika saatnya telah tiba nanti
*Ketika hati kita telah siap & kuat menjalaninya.
Kita hanya menunggu waktu yg tepat ketika memiliki cinta,
Serta mendapat orang yang tepat untuk kita miliki,
Dan juga berharap sebuah hubungan yang halal saat menjalaninya.
. . . <3 <3 <3 . . .
Sunday, 14 October 2012
Doa Tahajjud
Ya Allah, Engkau masukkanlah aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada aku setiap kebaikan yang ada didalamnya.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku,ampunkanlah dosa adik beradik ku, ampunkanlah dosa ahli keluarga ku, ampunkanlah dosa guru-guru ku, ampunkanlah dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon apa yang telah dipohon oleh Rasulullah saw dan aku meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah saw.
Ya Allah, aku pohonkan syurga tanpa hisab dan berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa aku kearahnya. Selamatkanlah aku Ya Allah dari sebab-sebab yang boleh membawa aku ke neraka.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui segala kelemahan diri ku zahir dan batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku, supaya aku dapat memperbaiki diri ku, tambahkanlah Ya Allah kepada ku ilmu, iman dan amal, hidupkanlah aku dalam Islam dan matikanlah aku dalam Islam…
Ya Allah Ya Tuhan ku, aku pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, keluarga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati ku, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati ku, selamatkanlah hati ku ini dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah aku dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati ku.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan KerajaanMu dan masa depan ku di akhirat nanti.
Ya Allah, jadikanlah aku ini hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada ku supaya aku dapat melakukan segala apa yang Engkau perintahkan dan meninggalkan segala apa yang Engkau larang.
Ya Allah, jadikanlah hati ku ini hati yang sentiasa menyedari masa depan ku di akhirat nanti dan jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan ku selepas mati...
Ya Allah, Engkau hidupkanlah aku dalam iman dan matikanlah aku dalam iman, selamatkanlah iman ku dari segala gangguan syaitan semasa aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur ku salah satu taman dari taman-taman Syurga, selamatkanlah aku ya Allah dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur ku itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah, selamatkanlah aku semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar. Selamatkanlah aku ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang mendapat bayangan naungan ‘Arasy Mu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan maafkanlah kesilapan ku zahir dan batin. Semasa aku dijalankan hisab, hisabkanlah aku ya Allah dengan hisab yang paling ringan, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku Nabi Muhammad saw.
Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
Ya Allah, berilah kesempatan kepada ku meminum air dari telaga al Kauthar, selamatkanlah aku ya Allah semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam Syurga Mu, bersama-sama orang-orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah, perkenankanlah permohonan ku ini ya Allah, mustajabkanlah doa ku ini dengan berkat nabi ku Nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan ku yang ikhlas.
Ya Allah, Jadikanlah aku dari kalangan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketetapan Mu, sentiasa bersyukur diatas setiap nikmat pemberian Mu dan sentiasa bersabar diatas setiap ujian Mu sehingga aku tidak meminta Engkau segerakan pekara yang Engkau kemudiankan dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau segerakan.
Ya Allah, Engkau tetapkanlah I’tikad ku bahawa
Allah Tuhan ku.
Muhammad itu utusan Allah dan nabi ku
Islam itu agama ku
Al-Quran itu panduan dan ikutan ku
Kaabah itu kiblat ku
Sembahyang itu kewajipan ku
Sekelian orang Islam itu saudara ku
Saiyidina Ibrahim itu bapa agama ku
Hidup dan mati ku atas kalimah لآ اله الا الله
Ya Allah, sesungguhnya, dari Engkau aku datang dan kepada Engkau aku akan dikembalikan
Saturday, 13 October 2012
Bersedekah Boleh Menghalang Musibah
"Segala sesuatu yang berlaku merupakan satu petanda bahawa Allah itu Esa"
Menderma & memberi bantuan adalah satu amalan mulia yang mendatangkan ketenangan jiwa. Sesungguhnya berbuat baik kepada orang lain akan diberi ganjaran, dianugerahi kecukupan oleh Allah, hatinya menjadi lapang, hidupnya ceria, hati nuraninya bercahaya & sentiasa dalam pemeliharaan.
Justeru itu, berdermalah walaupun jumlahnya kecil & sedikit. Jangan memperkecilkan apa yang anda dermakan walaupun hanya sebuah kurma, sesuap nasi, seteguk air atau satu perahan susu. Memberilah kepada orang yang memerlukan, orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang sedang sakit. Sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang akan mengurangi kegundahan, kegelisahan dan kesedihan. Derma adalah ubat yang tidak ada kecuali di dalam ajaran Islam.
Abdullah bin al-Mubarak pernah dikemukakan pertanyaan : "Wahai Abu Abdurrahman, darah luka di lututku tidak pernah berhenti, bahkan sejak tujuh tahun yang lalu ia mengeluarkan nanah. Aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah aku ubati dengan bermacam-macam ubat tetapi tidak baik juga."
Ibnu al-Mubarak menjawab: "Pergilah dan lihatlah di tempat yang mana orang-orang memerlukan air. Galilah di tempat itu perigi. Aku berharap mudah-mudahan disana akan muncul mata air yang akan menghentikan darah." Ia mengikuti nasihat itu, dan penyakit pun sembuh.
Masih dalam hal yang lebih kurang sama, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Ubatilah orang-orang yang sakit itu dengan berderma." Baginda bersabda: "Sesungguhnya derma dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak kematian yang buruk "
. . .bidadari2 yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. . . <3
Sunday, 2 September 2012
Perihal Muslimah Sejati ..
First, ini hanyalah 'copypaste', sesuatu yang saya suka. .jum baca :)
Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, “ayah, ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”.
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”.
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYAALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”.
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
"Ya Allah..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh..
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya..
Yang menerima kami apa seadanya..
Yang membimbing kami dengan lemah lembut..
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb.."

Kabulkan, Ya Allah..
. .ameen (",)v
Wednesday, 18 July 2012
Kisah Den
'surat layang'
wahhh !! huhu. .lawak pun ada. cmne la boleh dapat kertas kecik ni. Minta maaf akak, sy dah berpunya :) .
ok lahhh. .ngntukknyeeee. .zzzzz. .
jumpo lagi 'nex time'. ..tata. .
(",)v
Friday, 6 July 2012
Rahs!a h!dup sihat
Tokoh yang akan saya ceritakan kali ini adalah seorang pakar fiqah mazhab asy-Syafi'i yang hidup pada abad ke-5 hijrah.Beliau telah banyak menulis buku.Salah satunya ialah sebuah buku kecil yang bertajuk 'Ghayatul Ikhtisar' yang masih menjadi rujukan hingga hari ini.
Kitab ini disyarahkan oleh ramai ulama seperti Syeikh Taqiyudin al-Hisni dalam 'Kifayatul Akhyar fi halli Ghayatil ikhtisar' dan Sheikh al-Khatib asy-Syarbini dalam al-Iqna' fi halli Alfaazi Abi Syuja'.
Tokoh ini bernama Ahmad bin al-Husein bin Ahmad al-Ishfahani,terkenal dengan panggilan Abu Syuja'.Syeikh Ibrahim al-Banjuri berkata,"Beliau seorang imam & ahli ibadah yang soleh.Ilmu dan kesolehannya terkenal hingga seluruh pelosok negeri.Beliau pernah menjawat jawatan sebagai qadi dan wazir(menteri)sekian lama.Namun,di akhir hayatnya,beliau meninggalkan semua itu,lalu berzuhud & mengabdikan diri di Masjid Nabawi.Setiap hari,beliau menyapu lantai masjid,menyalakan lampu & menjaga makam nabi S.A.W.Itulah pekerjaannya seharian hingga wafat pada tahun 488H.
Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam Hasyiah-nya bercerita bahawa usia Imam Abu Syuja' ini sangat panjang,iaitu hingga 160tahun! Walaupun sudah sangat tua,namun tidak ada satu pun anggota tubuhnya yang rosak.Pendengaran,penglihatan,dan ingatannya tetap sihat seperti seorang pemuda.
Apabila ditanya,apakah rahsianya? Ulama ini menjawab,"Saya menjaga anggota badan ini daripada maksiat pada masa muda,lalu ALLAH menjaganya pada masa tua."
JAGALAH ALLAH,ALLAH AKAN MENJAGAMU
Menurut al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali,"menjaga ALLAH" ertinya menjaga semua ketentuan & hak ALLAH,juga menjaga perintah & larangan-Nya.
Perkara2 yang mesti dijaga antara lain adalah solat,bersuci & kewajiban-kewajiban lainnya.Begitu juga,janji & sumpah yang pernah diucapkan.Ia juga dituntut untuk menjaga fikiran,lidah,kemaluan & seluruh anggota badan daripada melakukan maksiat.
Orang yang dapat memenuhi semua ini bererti telah menghadirkan ALLAH di depan matanya,lalu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu maksiat.
Dalam hadis yang disahihkan oleh al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda,"Sesiapa yang malu kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya,maka ia akan menjaga kepala berserta isinya,menjaga perut & kandungannya,& selalu mengingati maut & kebinasaan.Sesiapa yang menginginkan akhirat,maka ia meninggalkan kemewahan dunia.Sesiapa yang melakukan ini, maka ia telah malu dengan ALLAH sebenar-benarnya.
Apabila seseorang melakukan ini dengan baik,iaitu "menjaga hak2 ALLAH SWT," maka ALLAH akan "menjaga dirinya" sebagai balasan daripada amalan tersebut.Ini adalah kerana balasan ALLAH selalu disesuaikan dengan jenis amalan yang dilakukan oleh hamba.
Menurut Ibnu Rajab,penjagaan ALLAH ini terbahagi kepada dua bentuk.

- PERTAMA, ALLAH menjaga kemaslahatan dunianya sehingga tubuhnya selalu sihat & kuat,juga keluarga & keturunannya.
- KEDUA,ALLAH menjaga akidahnya sehingga ia meninggal dunia dalam iman.Tidak mustahil kedua-duanya diberikan kepada seorang hamba sebagaimana yang terjadi pada diri Imam Abu Syuja dalam kisah di atas.
to be continue. . .hehe . .insyaALLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)