Saturday, 27 August 2011

LA tahZan ! ( jgn bercdayh )


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Wednesday, 10 August 2011

gaDisskuuu. . .


Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun. . .tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada ALLAH. . .hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah, umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yang diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yang tersembunyi, melebihi sesuatu yang terdedah. Wanita solehah yang patuh dan taat kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dengan 'title' gadis yang engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimana yang ada. Namun ingatlah gadisku. . .sesiapa yang inginkan kebaikan, maka ALLAH akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha, dan istiqamah.

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "TIDAK ADA SUATU FITNAH YANG LEBIH BESAR, YANG LEBIH BERMAHARAJALELA SELEPAS WAFATKU TERHADAP KAUM LELAKI SELAIN FITNAH YANG BERPUNCA DARI KAUM WANITA." Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya ALLAH Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. . .bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w membawa maksud, "Sesungguhnya cinta itu buta". Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAH S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yang unik itu dengan mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik. Asal kejadian dari setitis air yang tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yang sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH dan dengan itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptaMu.

Gadisku, menyintai ALLAH dan RASUL melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi. . .

Monday, 1 August 2011

firSt Ramadhan 1432H. . .

Alhamdulillah, selesai 1 hari posa hari nie. .semuanya berjalan dengan lancar. .rasa cepat sangat masa berlalu, tup2 dah nak buka posa. . .papepon. .tetap enjoy sambut posa tahun ni, walaupon jaoh dengan mak ngan ayah. Berpuasa kat tempat orang ni x sama cam kat kampung. .kat rumah, mak yang masak, tapi kat sini kena masak sendiri. .x rety masak pon terus jadi pandai masak. .hentam jew yang penting boley makan, hehe. . .ok la. . .setakat ni saja dulu yerk. .asSalamualaikum, :)